POLIS Indonesia mengerahkan gas pemedih mata dan meriam air terhadap ribuan mahasiswa yang membantah kenaikan harga bekalan makanan, pelanjutan had penggal presiden, serta kemungkinan Perlembagaan republik itu akan dipinda.
Pilihan raya Indonesia itu dijangka pada 2024 dan Presiden Joko Widodo tidak layak bertanding kerana republik itu mengehadkan jawatan ketua negara hanya kepada dua penggal.
Bulan lepas beberapa menteri kanan dan parti politik mencadangkan pilihan raya perlu ditangguhkan manakala Perlembagaan dipinda bagi membolehkan presiden berkhidmat lebih daripada dua penggal.
Semalam republik itu menyaksikan ribuan pelajar turun ke jalan raya secara serentak di beberapa bandar utama termasuk Ambon, Bandung, Makassar, Manokwari, Palembang, Palu, Semarang dan Samarinda.
Di Jakarta, mahasiswa berkumpul seawal pagi di pintu gerbang Monumen Nasional dan di Bulatan Patung Kuda Arjuna Wiwaha.
Polis Daerah Metro Jaya mengerahkan lebih 6,000 anggotanya berkawal untuk memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku manakala lebih 1,000 anggota tentera dikerah untuk membantu mengawal keselamatan. – 12 April 2022.
Polis menyembur air ke arah mahasiswa semasa protes di luar bangunan Parlimen di Jakarta, Indonesia. – Gambar EPA, 12 April 2022.Polis menangkap seorang mahasiswa semasa protes menentang harga bekalan makanan yang tinggi, penangguhan pilihan raya presiden dan lanjutan penggal presiden, di Jakarta, Indonesia. – Gambar AFP, 12 April 2022.Mahasiswa menyekat anggota polis ketika menentang langkah untuk melanjutkan mandat presiden di Jakarta, Indonesia. – Gambar AFP, 12 April 2022.Polis menahan penunjuk perasaan yang memanjat air pancut berhampiran istana presiden semasa protes mahasiswa terhadap harga bekalan yang tinggi, penangguhan pilihan raya presiden dan lanjutan tempoh presiden, di Jakarta, Indonesia. - Gambar AFP, 12 April 2022.Beribu-ribu mahasiswa Indonesia turun ke jalan raya bagi menentang cadangan melanjutkan mandat presiden yang kemudiannya disambut polis dengan gas pemedih mata di Jakarta, Indonesia. – Gambar AFP, 12 April 2022.Seorang pelajar melemparkan kembali tong gas pemedih mata ke arah polis ketika protes menentang melanjutkan mandat presiden, di Jakarta, Indonesia. - Gambar AFP, 12 April 2022.Aktivis wanita menyeru presiden Indonesia berundur pada perhimpunan berhampiran istana presiden di Jakarta, Indonesia. – Gambar EPA, 12 April 2022.Anggota polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan pada perhimpunan di luar bangunan Parlimen di Jakarta, Indonesia. – Gambar EPA, 12 April 2022.Anggota polis mengangkat seorang aktivis prokerajaan yang cedera setelah diserang penunjuk perasaan antikerajaan pada perhimpunan di luar bangunan Parlimen di Jakarta, Indonesia. – Gambar EPA, 12 April 2022.
Komen