MALAYSIA menyambut kehadiran Ramadan yang mulia pada tahun ini dengan penuh rasa syukur dan gembira apabila sekatan Covid-19 dilonggarkan mulai awal April.
Umat Islam di seluruh negara pada masa ini dibenarkan mengadakan solat terawih berjemaah di masjid dan surau tanpa arahan penjarakan sosial, yang bermula malam kelmarin.
Kembalinya solat terawih secara normal ini selaras dengan fasa peralihan ke endemik, yang berkuatkuasa malam tadi selepas dua tahun dunia dilanda pandemik Covid-19.
Selepas dua tahun perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, Ramadan kali ini amat dinanti-nantikan untuk mengubat rindu umat Islam menunaikan solat terawih secara berjemaah dan normal di masjid dan surau.
Peniaga dan pembeli menzahirkan kesyukuran dan menganggap Ramadan kali ini lebih bermakna dengan umat Islam di seluruh negara dapat keluar ke pasar, bazar dan pusat beli-belah untuk membeli barangan keperluan. – 4 April, 2022.
Seorang lelaki tiba di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya untuk menunaikan solat sunat terawih pada hari pertama Ramadan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 4 April, 2022.Umat Islam memenuhi saf ketika menunaikan solat terawih secara berjemaah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 4 April, 2022.Seorang kanak-kanak lelaki menemani emaknya ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya untuk turut serta berjemaah mendirikan solat sunat terawih. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 4 April, 2022.Jemaah wanita turut sama memenuhi saf ketika solat terawih di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 4 April, 2022.Seorang kanak-kanak perempuan kelihatan di saf jemaah lelaki ketika solat sunat terawih pada hari pertama Ramadan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 4 April, 2022.Peniaga makanan sibuk melayan pelanggan sebelum waktu berbuka pada hari pertama Ramadan di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 4 April, 2022.Seorang peniaga menyusun tudung dan selendang yang dijual di kedainya di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 4 April, 2022.Sekumpulan muslimah menjamu selera pada waktu berbuka pada hari pertama Ramadan di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 4 April, 2022.Sepasang suami isteri warga emas menikmati juadah berbuka puasa pada hari pertama Ramadan di Masjid Negara, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 4 April, 2022.Seorang jemaah sedang berjalan menuju ke dewan solat di Masjid Negara di Kuala Lumpur pada hari pertama Ramadan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 4 April, 2022.
Komen