ORANG Asli Seletar menggunakan perahu dan berdayung merentasi selat Johor untuk mencari hasil laut yang menjadi sumber pendapatan mereka.
Namun mereka berdepan kesukaran selepas pembangunan termasuk aktiviti penambakan laut mengancam sumber rezeki mereka.
“Sebelum penambakan, mudah untuk menangkap makanan laut tetapi kini ada masanya kami pulang ke rumah dengan hanya sedikit hasil,” kata Lety, 61.
Hari ini orang Seletar bergantung kepada penternakan kupang sebagai sumber pendapatan namun sejak pandemik Covid-19, permintaan terhadap kupang telah berkurangan, memaksa penduduk kampung melakukan pekerjaan sampingan untuk terus hidup.
Mereka juga diminta berpindah dari kampung mereka bagi memberi laluan kepada pembangunan.
Mereka berharap kerajaan akan bersimpati terhadap mereka dan mewujudkan dasar untuk membolehkan mereka meneruskan cara hidup mereka. – 19 Mac, 2022.
Seorang lelaki mendayung sampan di kawasan tambak di Kampung Sungai Temon, Johor.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Mac, 2022.
Penduduk membina titi di Kampung Sungai Temon, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Mac, 2022.Seorang lelaki Seletar di kawasan perternakan kupang di Kampung Sungai Temon, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Mac, 2022.Seorang lelaki Seletar melabuhkan botnya di kawasan penternakan kupang di Teluk Danga, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Mac, 2022.Irene Salim, 16 melihat kawasan penternakan kupang berhampiran Kampung Sungai Temon di Teluk Danga, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Mac, 2022.Seorang lelaki Seletar menyelam untuk mendapatkan kupang di Teluk Danga, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Mac, 2022.Sekawan anjing menjadi penjaga kolam penternakan kupang di Teluk Danga, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Mac, 2022.Orang Seletar membungkus isi kupang untuk dijual kepada pemborong di Teluk Danga, Johor Bahru.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Mac, 2022.Kupang dan lokan yang dijual di pasar di Kampung Bakar Batu di Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Mac, 2022.Orang Seletar berkumpul dan bersembang di sebuah kedai di Kampung Bakar Batu di Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Mac, 2022.
Komen