SELEPAS dua tahun perintah kawalan pergerakan, suku asli Mah Meri kini dibenarkan melakukan upacara yang dikenali sebagai “Puja Pantai” di Pulau Carey, Selangor.
Lebih 50 orang berkumpul di kampung Judah dan berjalan hampir 3km ke arah laut untuk memberi penghormatan kepada semangat laut yang dikenali sebagai “Moyang Getah”.
Penduduk tempatan memakai pakaian tradisional yang diperbuat daripada bunga “Mayang” mempersembahkan tarian jooh mengelilingi pelantar suci yang dikenali sebagai “sanggar”.
Di akhir uapacara, orang ramai berkongsi makanan dan minuman yang dibawa bersama.
Penduduk tempatan yang mengambil bahagian dalam upacara percaya tradisi itu harus dipelihara sebagai sebahagian daripada budaya asli Malaysia. – 6 Februari, 2022.
Seorang suku kaum Mah Meri yang memakai topeng buatan tradisional menari dalam upacara 'Puja Pantai', di Pulau Carey, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 Februari, 2022.Wanita Mah Meri bersolek sebelum 'Puja Pantai' bermula, di Pulau Carey, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 Februari, 2022.Orang Asli Mah Meri berjalan ke laut dalam upacara 'Puja Pantai' untuk memuja semangat air, di Pulau Carey, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 Februari, 2022.Kaum Mah Meri menunggu air surut untuk memulakan upacara 'Puja Pantai', di Pulau Carey, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 Februari, 2022.Bomoh Mah Meri berada di atas 'Sanggar' semasa 'Puja Pantai', di Pulau Carey, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 Februari, 2022.Bomoh Mah Meri bersiap-siap untuk menari dalam 'Puja Pantai' di Pulau Carey, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 Februari, 2022.Wanita Mah Meri menari di depan 'Sanggar' dalam upacara keagamaan semangat laut, di Pulau Carey, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 Februari, 2022.Suku Mah Meri menari untuk memuja semangat laut, di Pulau Carey, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 Februari, 2022.
Komen