Ibu bapa masih ragu-ragu beri vaksin Covid-19 untuk anak
Nazir Sufari ,
Seth Akmal
Dikemas kini 2 tahun yang lalu ·
Diterbitkan pada 4 Feb 2022 10:32AM ·
RAMAI ibu bapa masih tidak yakin berkenaan vaksin Covid-19 untuk anak masing-masing dan memilih menangguhkan tarikh vaksinasi, ketika kerajaan memulakan program imunisasi untuk kanak lima hingga 12 tahun, semalam.
Mereka memberitahu The Malaysian Insight keputusan itu bagaimanapun tidak bermakna mereka anti vaksin Covid-19, tetapi hanya bimbang tentang kesan sampingan terhadap anak.
Kementerian Kesihatan semalam melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk kanak-kanak (PicKids) bagi kumpulan umur itu.
Ibu bapa kini boleh ke pusat vaksinasi di seluruh negara untuk memberi suntikan kepada anak masing-masing. – 4 Februari, 2022.
Selesai disuntik, pegawai perubatan beri “high five” kepada kanak-kanak yang berani mengambil vaksin Covid-19 di PPV Pusat Dagangan Putra, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 4 Februari, 2022.
Seorang kanak-kanak melihat jarum suntikan sebelum disuntik vaksin Covid-19 menerusi program PicKids di PPV Pusat Dagangan Putra, Kuala Lumpur. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata vaksin untuk kanak-kanak kumpulan itu diberikan secara sukareka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 4 Februari, 2022.
Seorang kanak-kanak menunggu di luar bilik suntikan selepas menerima dos vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech di PPV Axiata Arena, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 4 Februari, 2022.
Kanak-kanak menunggu giliran masing-masing untuk mendapatkan vaksin Covid-19 di PPV Axiata Arena, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 4 Februari, 2022.
Seorang ibu mendaftarkan anak lelakinya untuk mendapatkan vaksin Covid-19 di PPV Axiata Arena, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 4 Februari, 2022.
Jururawat memegang seorang kanak-kanak yang kelihatan takut untuk disuntik vaksin Covid-19 pada hari pertama program PicKids di Hospital Tun Azizah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 4 Februari, 2022.
Seorang kanak-kanak menangis selepas disuntik vaksin Covid-19 di PPV Pusat Dagangan Putra, Kuala Lumpur. Kanak-kanak diberikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 4 Februari, 2022.
Seorang bapa dipeluk erat anaknya selepas selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di PPV Pusat Dagangan Putra, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 4 Februari, 2022.
Seorang pegawai perubatan cuba memujuk kanak-kanak yang takut untuk mendapatkan vaksin Covid-19 di PPV Pusat Dagangan Putra, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 4 Februari, 2022.
Daftar atau log masuk di sini untuk komen.
Komen