Sekali lagi Thaipusam disambut sederhana


BUAT tahun kedua berturut-turut, sambutan Thaipusam tidak semeriah sebelum pandemik Covid-19, berikutan peraturan ketat perayaan itu oleh kerajaan kali ini turut mengharamkan kavadi serta mengehadkan bilangan penganut Hindu di kuil.

Thaipusam merupakan perayaan yang disambut penganut Hindu di seluruh dunia pada bulan “Thai”, iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil bagi memperingati peristiwa Dewa Murugan menerima lembing suci daripada ibunya Dewi Parvati bagi menghapuskan kuasa jahat, Soorapadman, dan mengembalikan kemakmuran serta kesejahteraan manusia.

Pedati perak yang membawa patung Dewa Murugan dan dua isterinya, Dewi Valli dan Devi Theivanai berangkat selepas upacara sembahyang.

Selain di Batu Caves, perayaan ini juga disambut secara besar-besaran di kuil-kuil di Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang. – 18 Januari 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen