PENGALAMAN selama 10 tahun dalam bidang katering hampir menyebabkan ibu tunggal Marzidar Zainal, 33, menjadi mangsa wabak Covid19.
Marzidar mengambil langkah pantas daripada membiarkan dirinya dan perniagaan terjejas oleh wabak Covid-19 dengan membuka kedai makan berkonsepkan “hantu” dengan bantuan tiga anaknya.
Mohd Helmi Haziq, 11, Helmi Shakira Ummairah,10, dan Helmi Tijan Annour, 6, membantu ibu mereka setiap hari bermula jam 6 petang mengemas kedai dan membantu menghantar makanan kepada pelanggan.
Marzidar memulakan perniagaan ini dengan baki simpanan yang ada dan kemahiran memasak dimilikinya pada September 2021.
“Saya tak tahu nak buat apa. Kebanyakan rakan katering bergelut dan terpaksa menutup perniagaan mereka.”
“Saya membelanjakan RM3,000 untuk membeli hiasan berkonsepkan hantu dan memulakan perniagaan di kawasan tempat letak kereta di rumah saya,” kata Marzidar. – 31 Oktober, 2021.
Ibu tunggal Marzidar Zainal menyediakan makanan di dapur di luar rumah mereka di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2021.Helmi Shakira Ummairah membantu ibunya di gerai mereka di Selayang, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2021.Mohd Helmi Haziq memakai kostum rangka sementara menunggu pelanggan di gerai mereka di Selayang, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2021.Marzidar menjalankan perniagaan di tempat letak kereta rumahnya di Kuala Lumpur. Kedai makannya boleh memuatkan 40 pelanggan dalam satu masa. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2021.
Marzidar menyediakan air minuman percuma kepada pelanggan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2021.Seorang bapa menenangkan anak-anaknya yang takut melihat replika hantu di gerai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2021.Seorang wanita mengambil gambar replika hantu di gerai di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2021.Mohd Helmi Haziq dan Helmi Shakira Ummairah membantu pelanggan mendapatkan makanan di kaunter disediakan. Ia juga sebahagian daripada strategi Marzidar kerana kekurangan tenaga kerja. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2021.
Pelanggan menunggu di tempat duduk mereka di luar rumah Marzidar di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2021.Marzidar dan anak-anaknya memilih dan membeli barangan bertemakan Halloween untuk ditambah di gerai mereka di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2021.Helmi Shakira Ummaira dan Helmi Tijan Annour sibuk menyediakan replika hantu untuk menarik lebih ramai pelanggan ke gerai makan keluarganya di Selayang, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2021.Pemandangan gerai makan Marzidar yang didirikannya di garaj tempat letak keretanya di perkarangan rumahnya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2021.
Komen