HAMPIR dua tahun peminat menahan rindu untuk menikmati persembahan langsung berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
Bagaimanapun beberapa penganjur industri kreatif dan juga penghibur serta seniman telah beralih cara dengan membuat persembahan langsung secara penstriman bagi melampiaskan rindu peminat.
Mengiringi nyanyian mahu pun menari atau bertemu dan bersapa dengan pemuzik sudah menjadi sesuatu yang janggal, namun disebalik itu norma Covid-19 ini telah membuka landskap baharu dengan penstriman dalam talian menjangkau lebih jauh ke seluruh pelusuk dunia, menarik peminat baharu.
Bermula September, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membenarkan pertunjukan dihadiri penonton yang sudah divaksin selain perlu mematuhi penjarakan fizikal.
Banyak pihak berharap industri kreatif kembali pesat namun dengan virus yang nampaknya akan kekal, kita terpaksa hidup bersamanya malah dalam masa sama perlu menghargai peranan hiburan ketika pandemik ini. – 28 September, 2021.
Seorang gitaris yang memakai pelitup muka membayangi cahaya semasa latihan untuk rancangan penstriman langsung di Petaling Jaya, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 September 2021.Pelitup muka dan gitar di atas karpet ketika sesi latihan untuk rancangan penstriman langsung di Petaling Jaya, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 September 2021.Anggota kumpulan Sabda Jingga menonton persembahan lama mereka melalui telefon pintar di dalam rumah mereka di Kuala Lumpur. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 September 2021.Seorang lelaki menyemburkan pembasmi kuman kepada ahli kumpulan sebelum memulakan latihan untuk rancangan penstriman langsung di Petaling Jaya, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 September, 2021.Anggota kumpulan yang mengenakan pelitup muka membuat persediaan sebelum berlatih untuk rancangan penstriman langsung di Petaling Jaya, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 September, 2021.Seorang lelaki sedang mengatur kameranya semasa latihan untuk rancangan penstriman langsung di Petaling Jaya, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 September 2021.Ahli kumpulan Fugo dilihat berlatih untuk rancangan penstriman langsung di Petaling Jaya, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 September 2021.Anggota kumpulan Fugo (kiri) berbincang dengan jurutera bunyi semasa latihan untuk rancangan penstriman langsung di Petaling Jaya, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 September 2021.Ahli kumpulan Sabda Jingga sedang membuat persembahan penstriman langsung dari rumah mereka di Kuala Lumpur. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 September 2021.Anggota kumpulan Sabda Jingga menyaksikan persembahan terdahulu mereka melalui gajet di dalam rumah mereka di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 September, 2021.
Komen