FLAT Sri Selangor, terkenal dengan jolokan flat San Peng merupakan flat majlis tempatan kedua di Kuala Lumpur selepas flat Pekeliling yang terkenal itu. Sekitar awal 1970-an, penduduk setinggan sekitar Kuala Lumpur telah dipindahkan ke flat San Peng yang terdiri dengan enam blok. Bagaimanapun, setelah lebih 40 tahun, flat ini masih terkenal dengan kepelbagaian masyarakat yang saling hidup bersama dengan rukun damai.
Setiap blok setinggi 16 tingkat ini mempunyai sama ada satu atau dua bilik untuk setiap unit. Melihatkan kehidupan mereka, dapat dirasakan yang penduduk flat San Peng lebih selesa dengan pelbagai kemudahan di sini berbanding flat-flat PPR baharu. Ini disebabkan adanya taman permainan kanak-kanak, padang futsal, selain kawasan riadah lain. Malah, flat ini juga mempunyai beberapa kedai runcit selain kedai makan kecil-kecilan.
Selain itu, rumah ibadah seperti surau dan kuil juga didirikan untuk penduduk di sini. Malah, penduduk di sini bersatu untuk menaik taraf surau kayu kepada surau konkrit dengan menggunakan tabung bersama persatuan penduduk.
Juga, sebagai usaha tambahan untuk tabung persatuan penduduk, mereka menganjurkan pasar malam setiap Ahad.
Walaupun flat ini terkenal sebagai sarang masalah sosial, terutamanya berkaitan penyalahgunaan dadah, penduduk flat San Peng ini masih berjuang mengekalkan keharmonian dan semangat bermasyarakat seperti dahulu kala, seiring dengan kemajuan pesat Kuala Lumpur sendiri. — 23 Januari, 2018.
Pemandangan biasa waktu senja di Flat Sri Selangor, Kuala Lumpur. Dapat dilihat di kiri gambar pembinaan bangunan Tun Razak Exchange. Walaupun dihimpit pelbagai pembangunan pesat di tengah Kuala Lumpur, penduduk Flat Sri Selangor ini masih lagi mengekalkan semangat keharmonian bermasyarakat seperti yang terjalin sejak 40 tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2018.Jelas kelihatan senyuman girang anak kecil ini yang sedang bermain di tapak permainan di Flat Sri Selangor, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2018.Seorang lelaki sedang menikmati panorama harian Kuala Lumpur dari flatnya. Walaupun terkenal sebagai sarang masalah sosial, terutamanya penyalahgunaan dadah, penduduk flat San Peng masih berusaha mengekalkan kehidupan harmoni dalam masyarakat pelbagai latar ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2018.Di pagi hari dapat dilihat kaum wanita bersama menyertai kelas Qigong di Flat Sri Selangor, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2018.Pemandangan biasa lewat petang di Flat Sri Selangor, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2018.Hampir setiap hari dapat dilihat anak-anak ini bermain bola sepak di tapak permainan Flat Sri Selangor, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2018.Selain bola sepak, ada juga anak-anak yang bermain badminton di tapak permainan Flat Sri Selangor, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2018.Hampir setiap pagi, di padang futsal ini kaum wanita akan menikmati kelas Qigong. Dapat dilihat, setelah lebh 40 tahun, Flat Sri Selangor ini masih mengekal, malah terkenal dengan keharmonian dalam bermasyarakat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2018.Seorang warga emas sedang berjalan menerusi lorong kecil di sebuah kuil di Flat Sri Selangor, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2018.Kelihatan penduduk dan pengunjung pasar malam yang diadakan setiap Ahad di Flat Sri Selangor ini. Pasar malam antara faktor penyumbang kepada tabung persatuan penduduk langsung mengeratkan lagi hubungan sesama penduduk di sini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2018.Penduduk Flat Sri Selangor sedang berjalan melintasi penjual roti di sini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2018.Jika diperhatikan secara halus, kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di balkoni flatnya. Ini adalah suasana biasa hari-hari di Flat Sri Selangor, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2018.Pemandangan biasa lewat petang di Flat Sri Selangor, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2018.
Komen