KERAJAAN telah membenarkan individu yang lengkap dua dos vaksin untuk makan di restoran.
Namun pemilik restoran memberikan pandangan berbeza kerana masih ada segelintir premis yang hanya menerima pesanan bungkus sahaja.
Jumlah kes harian Covid-19 yang masih tinggi menjadi sebab utama pemilik enggan membenarkan pelanggan makan di premis.
Bagi restoran yang sudah menerima pelanggan untuk makan di premis, kebanyakannya kurang mendapat sambutan. Sebahagian besar operasi pejabat hanya membenarkan 40% kehadiran pekerja manakala selebihnya masih bekerja dari rumah turut menjadi faktor mengapa restoran kurang pelanggan.
Kebanyakan restoran terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu bertahan berikutan kekangan kewangan.
Oleh kerana Covid-19 telah memburukkan keadaan, satu-satunya harapan pemilik perniagaan adalah kerajaan yang bersedia memperkukuhkan ekonomi dan memotivasi masyarakat untuk menyokong perniagaan tempatan. – 8 September, 2021.
Pemilik restoran di Kuala Lumpur menggantung bannner untuk memaklumkan pelanggan bahawa pekerja mereka sudah menerima vaksin sepenuhnya.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 8 September, 2021.Pekerja restoran menyediakan makanan untuk dibungkus kepada pelanggan di Cheras, Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 8 September, 2021.Pemilik restoran Grillbodo Backyard, Zahrein Mustafa menyediakan hidangan daging bakar untuk dibungkus kepada pelanggan di restorannya di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 8 September, 2021.Pekerja di restoran Song Kee Beef Noodles di Kuala Lumpur menyediakan makanan untuk dibungkus kepada pelanggan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 8 September, 2021.Seorang pekerja menjalankan kerja mengubah suai sebuah restoran di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 8 September, 2021.Set makanan disediakan untuk sesi penggambaran di sebuah restoran di ibu negara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 8 September, 2021.Pelanggan restoran Makan Buzz di Kuala Lumpur duduk bersantai dan menikmati hidangan di tempat makan yang disediakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 8 September, 2021.Seorang pekerja di restoran Halab di Bukit Bintang, Kuala Lumpur membersihkan meja sebagai persediaan menerima pelanggan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 8 September, 2021.Pelanggan duduk di restoran Loaf di pusat membeli-belah Pavillion, Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 8 September, 2021.Pemandangan di sebuah restoran makanan laut di Jalan Alor, Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 8 September, 2021.
Komen