HOTEL Travelodge City Centre di Jalan Hang Kasturi ditukarkan kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).
Menerima pesakit Covid-19 Kategori 1 dan 2 dari kumpulan B40, PKRC ini ditaja sepenuhnya oleh Crisis Relief Services and Training Bhd (Crest Malaysia).
Pusat berkenaan yang mula beroperasi pada 7 Ogos, akan merawat pesakit Covid-19 selama 10 hari secara percuma, berdasarkan arahan Kementerian Kesihatan.
Apabila pesakit datang untuk mendaftar, mereka hanya perlu membawa keputusan ujian Polymerase Chain Reaction (RT-PCR), surat rujukan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), kad pengenalan dan deposit sebanyak RM100 (yang akan dikembalikan).
Permintaan makanan khas atas sebab agama dan kesihatan boleh diatur lebih awal berdasarkan ketersediaan. Bagaimanapun tiada perkhidmatan penghantaran makanan oleh GrabFood, FoodPanda atau ahli keluarga dibenarkan di pusat ini.
Terdapat juga petugas kesihatan yang akan memantau pesakit 24 jam. Tiada pelawat dibenarkan. Tiada penghantaran barangan dibenarkan sebaik sahaja pesakit mula mendaftar masuk, kecuali atas sebab kesihatan. Malah pesakit juga tidak dibenarkan keluar daripada bilik, kecuali atas kebenaran petugas.
Pesakit juga dinasihat agar membawa pakaian untuk 10 hari, termasuk peralatan penjagaan kebersihan peribadi, sabun cuci pakaian dan mandi dan juga tuala.
Mereka juga perlu membawa ubat-ubatan atau alat perubatan, termasuk pelitup muka dan pensanitasi tangan. Pesakit juga perlu membawa telefon bimbit dan akat pengcas serta makanan ringan dan biskut.
Bagaimanapun, pesakit dilarang membawa rokok, rokok elektronik, pemetik api dan cecair pemetik api serta alkohol ke premis ini. Barangan bahay alian seperti senjata, barangan tajam, atau haiwan peliharaan juga tidak dibenarkan. Beg pesakit akan diperiksa semasa pendaftaran dan pihak pengurusan akan merampas barangan ini jika ditemui. – 25 Ogos, 2021.
Petugas sukarelawan dari Crisis Relief Services and Training Bhd (Crest Malaysia) menghantar dan meletakkan makanan di hadapan bilik pesakit.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2020.Doktor menjalankan ujian ultra sound ke atas seorang pesakit bagi menentukan tahap jangkitan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2020.Petugas sukarelawan menjalankan tugas mereka di zon merah PKRC Travelodge City Centre.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2020.Seorang petugas sukarelawan memeriksa beg pesakit bagi mengelakkan barangan terlarang dibawa masuk ke pusat kuarantin.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2020. Peralatan perubatan disediakan di bilik kecemasan pusat kuarantin untuk pesakit yang mengalami komplikasi sebelum dibawa ke hospital.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2020.Keadaan bilik di hotel Travelodge City Centre. Setiap bilik disediakan oxymeter dan alat memeriksa suhu badan untuk kegunaan pesakit.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2020.Peralatan penjagaan kebersihan peribadi disediakan untuk kemudahan pesakit dan petugas di pusat kuarantin ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2020.Petugas sukarelawan membuang sut perlindungan peribadi (PPE) yang telah digunakan oleh petugas dan sukarelawan di pusat kuarantin.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2020. Pesakit yang baharu tiba di pusat kuarantin berkenaan dibantu oleh petugas untuk mendaftar dan ujian saringan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2020.Suasana di zon hijau pusat kuarantin berkenaan yang digunakan untuk penyediaan bekalan makanan dan penerimaan stok barangan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2020.Doktor dan petugas yang bekerja di zon merah mensanitasi peralatan yang digunakan selepas syif mereka tamat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2020.Pemandangan luar hotel Travelodge City Centre di ibu negara yang dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2021.
Komen