SEKTOR automotif negara menyaksikan penjualan kenderaan merosot 96% pada Jun kepada 1,921 unit berbanding 47,204 pada Mei 2021, faktor utama disebabkan menghentikan operasi penjualan di kebanyakan negeri.
Lebih satu perempat daripada 6,000 pusat pengedaran kenderaan terpakai dan baharu di seluruh negara dijangka ditutup pada suku berikutnya jika sekatan pergerakan ketat berterusan. Banyak peniaga kecil sedang berdepan aliran tunai yang ketat.
Pengedar kereta perlu membayar RM120 juta sebulan untuk gaji pekerja, sewa dan pinjaman, sementara penjual kereta baharu dan terpakai serta syarikat kredit berkata kos operasi membabitkan sehingga RM20,000 sebulan.
Syarikat kereta, terutama yang berurusan dengan model terpakai dan rekondisi, bukan hanya menjejaskan kos operasi operasi mereka, tetapi penyusutan nilai kenderaan.
Sementara itu, kenderaan lebih lama terdedah kepada risiko rosak, memerlukan pembaikan.
Bagaimanapun, Kementerian Pengangkutan menjadikan syarikat kereta terpakai sebagai penyelamat dengan membenarkan pendaftaran dan pertukaran hak milik dilakukan secara dalam talian, sementara pemeriksaan Puspakom bagi kelulusan boleh diatur melalui janji temu. – 18 Ogos, 2021.
Kereta import yang tiba di Malaysia tidak diambil oleh peniaga yang berdepan masalah ruang penyimpanan. Tempat meletak kenderaan di pelabuhan dikenakan berharga RM30 hingga RM80 sehari. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 Ogos, 2021.Kilang Perodua ditutup sehingga diberitahu kelak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 Ogos, 2021.Penjual kereta terpakai menghadapi masalah tambahan bagi membaiki kenderaan yang berada di tempat simpanan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 Ogos, 2021.Kilang Proton ditutup sementara aktiviti pengeluaran dan penghantaran dilarang semasa perintah sekatan pergerakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 Ogos, 2021.Longgokan kunci kereta di syarikat kereta terpakai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 Ogos, 2021.
Kereta lama di syarikat kereta terpakai memerlukan lebih banyak penjagaan dan penyelenggaraan walaupun berada di tempat simpanan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 Ogos, 2021.
Penjual kereta import dan terpakai Amran Karim terpaksa membuat kerja sambilan sebagai p-hailing bagi menampung kehidupan selepas berdepan beberapa siri perintah kawalan pergerakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 Ogos, 2021.
Penjual kereta terpakai Mohd Osman Abd Khalid menjual makanan di belakang rumahnya semasa perintah kawalan pergerakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 Ogos, 2021.Penjual kereta sukar membayar sewa premis mereka semasa perintah kawalan pergerakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 Ogos, 2021.Pekerja di syarikat kereta terpakai membersihkan kereta dan bilik pameran sebagai persediaan pembukaan semula. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 Ogos, 2021.
Komen