MOHD Fozailah Hussain, pembuat keranda di Kampung Sungai Sireh, Klang, Selangor, menyaksikan tempahan lebih dua kali ganda sejak kebelakangan ini sejak wabak Covid-19.
Beliau bernasib baik lelaki berusia 53 tahun itu mendapat pertolongan daripada anaknya menguruskan perniagaan yang dimulakan kira-kira 10 tahun lalu.
“Saya sangat bimbang dengan peningkatan tempahan keranda, yang bermaksud jumlah kematian Covid-19 semakin meningkat dan jangkitan berleluasa terutama daripada varian Delta,” kata Fozailah.
Fozailah dan Mohd Aiman Faiz, 24, bekerja dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari, malah ada kalanya terpaksa bekerja hingga larut malam untuk memenuhi permintaan.
Beliau biasanya menghasilkan 20 hingga 30 keranda sebulan tetapi kini, Fozailah membuat lapan hingga 10 keranda sehari. Bulan lalu, beliau menyiapkan lebih 120 keranda untuk Tanah Perkuburan Islam Selat Klang
Ia memerlukan kira-kira 45 minit untuk menyiapkan keranda. Kos bagi setiap keranda sekitar RM130 hingga RM150, bergantung kepada bahan, yang biasanya terdiri daripada papan lapis.
Kata Fozailah, pembekal telah menaikkan harga bagi bahan mentah.
“Sekarang saya agak sukar mendapatkan bahan seperti papan lapis dan kain putih kerana pembekal ditutup semasa sekatan pergerakan. Saya perlu membayar lebih tinggi untuk mendapatkan bahan yang saya perlukan.”
Di sebalik kebimbangannya, Fozailah berusaha untuk memenuhi tempahan kerana menyifatkannya sebagai khidmat kepada masyarakat.
“Saya tidak ambil kira mengenai untung besar kerana ini adalah sebahagian daripada sumbangan saya kepada masyarakat, terutama pada masa-masa sukar ini. Saya berdoa kepada Allah agar wabak segera berakhir.” – 11 Ogos, 2021.
Mohd Fozailah Hussain membuat keranda di bengkelnya di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Ogos, 2021.Mohd Aiman Faiz menolong ayahnya membuat keranda di sebuah bengkel di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Ogos, 2021.Mohd Fozailah Hussain memerlukan masa lebih kurang 45 minit untuk menyiapkan sebuah keranda. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Ogos, 2021.Mohd Fozailah Hussain mengalas keranda yang dibuatnya dengan kain putih, yang katanya semakin sukar diperoleh dan mahal. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Ogos, 2021.Mohd Fozailah Hussain menghantar keranda dengan motosikalnya, di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Ogos, 2021.Mohd Fozailah Hussain dan anaknya bekerja hingga larut malam untuk menyiapkan tempahan di bengkel mereka di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Ogos, 2021.
Mohd Fozailah Hussain memotong papan lapis untuk membuat keranda di Kampung Sungai Sireh di Pelabuhan Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Ogos, 2021.Pekerja kesihatan meletakkan keranda kosong di dalam kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang di Kampung Sungai Sireh di Pelabuhan Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Ogos, 2021.Keranda kosong untuk diisi dengan mangsa Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang di Kampung Sungai Sireh di Pelabuhan Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Ogos, 2021.
Mohd Fozailah berehat sebentar sebelum meneruskan kerja menyiapkan keranda di bengkelnya di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor. Beliau berdoa dan berharap wabak segera berakhir. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Ogos, 2021.
Komen