SEMUA jalan sekitar Dataran Merdeka disekat menjelang protes orang muda di tengah ibu kota pagi ini bagi mendesak perletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Dianjurkan Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR), sebuah gabungan pergerakan masyarakat sivil dan aktivis muda, juga mendesak pembukaan sepenuhnya sidang Parlimen dan moratorium automatik pinjaman.
Kesemua tuntutan yang bertujuan mengurangkan beban ekonomi yang ditanggung rakyat disebabkan sekatan pergerakan mencegah Covid-19 yang berlanjutan dari tahun lepas.
Lebih seribu aktivis berpakaian serba hitam turut membawa bendera hitam, plakad dan sepanduk tertulis pelbagai desakan seperti “Kita Mati Dalam Derhaka” dan “Kerajaan Pembunuh”, merujuk kepada lebih 8,000 orang yang hilang nyawa kerana Covid-19.
Ada juga yang membawa “jenazah putih”, simbol mereka yang terbunuh kerana Covid-19, lima “jenazah putih” juga diletakkan di jalan berhampiran Dataran Merdeka. – 31 Julai, 2021.
Orang muda membawa jenazah putih, simbol korban pandemik Covid-19 pada protes di Dataran Merdeka pagi ini yang mendesak perletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 31 Julai, 2021.Walaupun jalan raya disekat dan kehadiran ramai anggota polis, orang muda berpakaian hitam mula berkumpul di Stesen LRT Masjid Jamek sejak 10.30 pagi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 31 Julai, 2021.Orang muda mengadakan protes duduk ketika protes #Lawan berhampiran Dataran Merdeka di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 31 Julai, 2021.Seorang peserta protes #Lawan berpakaian hitam berkumpul di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad di tengah-tengah Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 31 Julai, 2021.Seorang peserta protes #Lawan memakai pelindung muka berhampiran Masjid Jamek Sultan Abdul Samad di tengah-tengah Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 31 Julai, 2021.Peserta protes membawa bendera hitam, plakad dan sepanduk yang tertulis “Kita Mati Dalam Derhaka” dan “Kerajaan Pembunuh”, merujuk kepada lebih 8,000 mangsa yang terbunuh kerana Covid-19. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 31 Julai, 2021.Aktivis muda melakukan protes duduk pada #Lawan berhampiran Dataran Merdeka di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 31 Julai, 2021.Peserta protes #Lawan memegang sepanduk ketika mula berkumpul di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad di tengah-tengah Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 31 Julai, 2021.Peserta protes #Lawan memegang plakad ketika mula berkumpul di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad di tengah-tengah Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Julai, 2021.Peserta protes #Lawan memegang sepanduk ketika mula berkumpul di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad di tengah-tengah Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Julai, 2021.Orang muda berpakaian serba hitam mula berkumpul di Stesen LRT Masjid Jamek menjelang protes #Lawan di tengah ibu kota. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Julai, 2021.
Komen