LONJAKAN jumlah pesakit Covid-19 di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor sejak seminggu lalu menyebabkan kawasan di situ sesak, kata Dr Dzulkefly Ahmad.
Dr Dzulkefly, yang merupakan pengerusi Pasukan Petugas Khas Menangani Covid-19 di Selangor memberitahu The Malaysian Insight bahawa jumlahnya terus meningkat melebihi 1,000 pesakit setiap hari tetapi baru-baru ini jumlahnya hampir mencecah 2,000.
Selangor mencatatkan purata 4,000 jangkitan baharu sejak seminggu lalu kerana jumlah dan kepadatan penduduknya.
Semalam, Selangor mencatatkan 4,682 kes baharu sementara Kuala Lumpur mencatatkan 1,247 kes baharu. – 12 Julai, 2021.
Orang ramai beratur di luar Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 12 Julai, 2021.Barisan panjang di luar Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam hari ini menunjukkan betapa seriusnya keadaan Covid-19 di Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 12 Julai, 2021.Selangor terus menyumbang jumlah jangkitan harian baharu tertinggi di negara ini iaitu sebanyak 4,308 menjadikan jumlah kes di seluruh negara iaitu 8,574. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 12 Julai, 2021.Petugas kesihatan membantu orang kurang upaya Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam , Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 12 Julai, 2021.Pandangan umum orang ramai yang menunggu di dalam Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam , Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 12 Julai, 2021.Selangor mencatatkan purata 4,000 jangkitan baharu sejak seminggu yang lalu kerana kepadatan penduduknya. Semalam, negeri ini mencatatkan 4,682 kes baharu sementara Kuala Lumpur mencatatkan 1,247 jangkitan baharu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 12 Julai, 2021.Orang ramai menunggu di dalam Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam , Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 12 Julai, 2021.Terdapat peningkatan jumlah pesakit Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam , Selangor sejak seminggu lalu yang menyebabkan berlakunya kesesakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 12 Julai, 2021.
Komen