Tempoh mencabar buat pengusaha bot Pulau Gaya


Irwan Majid

SEAWAL pukul 4 pagi para pengusaha bot di Pulau Gaya, Sabah sudah mula mencari rezeki.

Pulau yang terdiri daripada empat kampung atas air iaitu Kg Suapan, Kg Lok Kurai, Kg Pasir Putih dan Kg Pondoh ini memerlukan masa lebih kurang 10 minit perjalanan bot dari Kota Kinabalu.

Bot satu-satunya pengangkutan untuk ke daratan bagi kebanyakan penduduk Pulau Gaya.

Sejak sekatan pergerakan dikenakan, para pengusaha bot Pulau Gaya terjejas teruk, di mana jumlah penumpang turun mendadak kepada hanya empat orang berbanding 12 orang pada sebelum sekatan dilaksanakan. 

Baru-baru ini, perintah kawalan pergerakan diperketatkan telah dikenakan di beberapa kawasan di Sabah, termasuk Kg Pondoh di Pulau Gaya. Bagi penduduk di Pulau Gaya, dengan pelaksanaan sekatan pergerakan ia telah menjejaskan lagi sumber pencarian mereka, dan memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih. – 11 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen