DOKTOR tidak mempunyai pilihan selain memilih pesakit mana berpotensi tinggi untuk pulih daripada Covid-19 kerana bilangan katil di unit rawatan rapi (ICU) yang penuh, kata pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Pakar rawatan intensif ICU Dr Koo Thomson berkata pesakit Covid-19 yang lebih muda dan tidak mempunyai komorbiditi kini diutamakan masuk ke wad ICU kerana bilangan katil yang terhad.
Beliau berkata mereka masih bilangan yang tinggi bagi kes rujukan ke ICU, walaupun kes Covid-19 baharu sekitar lebih 5,000 sehari, selepas mencapai angka lebih 7,000 awal bulan lalu.
Setiap hari, unit ini, yang mampu menampung hingga 72 pesakit kritikal, menerima rujukan antara 10 hingga 20 pesakit Covid-19.
Keadaan ini masih berlaku walaupun HKL sudah menukar ICU menjadi wad khas Covid-19 pada April lalu, dengan 72 katil dan bukannya 30 seperti sebelumnya.
“Setiap hari katil ICU penuh, jika pesakit dibenarkan keluar atau meninggal dunia, katil akan kembali diisi oleh pesakit lain dalam tempoh beberapa jam,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Jelasnya, pesakit kategori 4 dan 5 yang kritikal memerlukan rawatan rapi seperti bantuan oksigen untuk bernafas kerana kerosakan pada organ seperti paru-paru, hati dan jantung.
Namun, kekurangan katil memaksa doktor memberi keutamaan kepada pesakit lebih muda dan pesakit yang tidak mempunyai penyakit lain.
Katanya, selepas pesakit dimasukkan ke ICU, keadaan mereka akan dipantau dan dirawat menggunakan alat pernafasan serta beberapa prosedur.
Ini termasuk intubasi, yang merupakan proses memasukkan tiub melalui saluran udara atau dengan trakeostomi, iaitu dengan menebuk lubang kecil di kerongkong pesakit.
Di samping itu, pesakit juga ditempatkan dalam posisi meniarap sekurang-kurangnya 16 jam untuk membolehkan paru-paru menerima lebih banyak oksigen dan ubat.
Sebanyak 4,744 pesakit didiscaj semalam, lebih rendah berbanding kes baharu sebanyak 5,218, dan 90% pulih daripada jumlah keseluruhan 739,266 kes setakat ini. – 30 Jun, 2021.
Seorang pesakit Covid-19 yang mengalami kesukaran bernafas menerima rawatan di ICU Hospital Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 30 Jun, 2021.Seorang pesakit Covid-19 diintubasi di ICU Hospital Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 30 Jun, 2021.Petugas kesihatan melakukan prosedur intubasi kepada pesakit Covid-19 di ICU Hospital Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 30 Jun, 2021.Petugas kesihatan memakai PAPR semasa prosedur penghasilan aerosol terhadap pesakit Covid-19 di ICU Hospital Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 30 Jun, 2021.Seorang petugas kesihatan berpakaian PAPR di ICU Hospital Kuala Lumpur untuk pesakit Covid-19. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 30 Jun, 2021.Seorang petugas kesihatan yang memakai PAPR merawat pesakit Covid-19 di ICU Hospital Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 30 Jun, 2021.Seorang pesakit Covid-19 terbaring di atas katil di ICU di Hospital Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 30 Jun, 2021.Petugas kesihatan melihat sinar-X paru-paru pesakit Covid-19 di ICU Hospital Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 30 Jun, 2021.Jenazah pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di ICU di Hospital Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 30 Jun, 2021.Petugas kesihatan memindahkan jenazah pesakit Covid-19, yang meninggal dunia di ICU, untuk dipindahkan ke bilik mayat di Hospital Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 30 Jun, 2021.Seorang pesakit Covid-19 ditempatkan dalam keadaan tertiarap untuk meningkatkan pernafasannya di ICU Hospital Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 30 Jun, 2021.Jenazah pesakit Covid-19 masih terbaring di katil dalam ICU, sebelum dibawa ke bilik mayat di Hospital Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Jun, 2021.Petugas kesihatan yang memakai PPE merawat pesakit Covid-19 di ICU di Hospital Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Jun, 2021.Petugas kesihatan yang memakai PPE merawat pesakit Covid-19 di ICU di Hospital Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Jun, 2021.Seorang petugas kesihatan berpakaian PPE melihat monitor di ICU di Hospital Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Jun, 2021.Seorang petugas kesihatan berpakaian PPE memberikan minuman kepada pesakit Covid-19 di ICU di Hospital Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Jun, 2021.Suasana di ICU Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Jun, 2021.Seorang petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19 di ICU di Hospital Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Jun, 2021.Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19 di ICU di Hospital Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Jun, 2021.Petugas kesihatan memindahkan jenazah pesakit Covid-19, dari ICU ke bilik mayat di Hospital Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Jun, 2021.
Komen