Harapan mekar penanam bunga di Cameron Highlands
Nazir Sufari
Dikemas kini 2 tahun yang lalu ·
Diterbitkan pada 16 Jun 2021 8:33AM ·
PENANAM bunga di Cameron Highlands lega apabila mengetahui mereka dibenarkan untuk membuka ladang semasa perintah sekatan penuh.
Menteri Sumber Manusia M Saravanan mengumumkan pada Sabtu lalu bahawa Majlis Keselamatan Negara membenarkan penanaman bunga beroperasi selepas mengetahui mereka terpaksa membuang hasil tanaman jika ladang perlu ditutup.
Penanaman bunga tidak termasuk dalam perkhidmatan penting.
Petani berkata setiap ladang perlu membuang satu tan bunga setiap hari sejak awal perintah perintah sekatan penuh. – 16 Jun, 2021.
Sebuah lori dipenuhi bunga untuk dibuang di Kampung Raja di Cameron Highland, Pahang. Petani berkata hampir 1 tan bunga dibuang setiap hari sejak awal perintah sekatan penuh. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Jun, 2021.
Pekerja membungkus bunga untuk dieksport ke Singapura di sebuah ladang bunga di Kuala Terla di Cameron Highlands, Pahang. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Jun, 2021.
Penanam bunga di Cameron Highlands kini lega selepas dibenarkan beroperasi semula mulai 12 Jun. Hampir 1 tan bunga dilupuskan setiap hari sejak perintah sekatan penuh bermula. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Jun, 2021.
Pekerja asing membawa bunga ke dalam sebuah lori untuk dibuang di Kampung Raja di Cameron Highlands, Pahang sejak perintah sekatan penuh bermula. Bagaimanapun, industri bunga dibenarkan beroperasi semula mulai 12 Jun. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Jun, 2021.
Pekerja mengemas bunga untuk dieksport ke Singapura di sebuah ladang bunga di Kuala Terla di Cameron Highlands, Pahang. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Jun, 2021.
Pemandangan ladang bunga dan sayur-sayuran yang ditutup dengan terpal plastik di Kuala Terla di Cameron Highlands, Pahang. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Jun, 2021.
Kedai-kedai yang tidak penting ditutup semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) 3.0 untuk mengekang wabak Covid-19. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Jun, 2021.
Hampir 1 tan bunga dibuang setiap hari dari setiap ladang di Kuala Terla di Cameron Highlands, Pahang. Namun, penanam bunga di Tanah Tinggi Cameron kini lega selepas mendapat berita industri bunga dibenarkan beroperasi semula mulai 12 Jun. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Jun, 2021.
Seorang pekerja berehat sebelum meneruskan kerjanya di sebuah ladang bunga di Kampung Raja di Cameron Highlands, Pahang. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Jun, 2021.
Pekerja asing yang bekerja di sebuah ladang bunga di Kampung Raja di Cameron Highlands, Pahang. Kebergantungan kepada pekerja migran sangat tinggi dan kekurangan menyebabkan pemilik ladang berdepan masalah. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Jun, 2021
Pemandangan ladang bunga di Kuala Terla di Cameron Highlands, Pahang pada waktu malam. Petani meletakkan lampu palsu dari jam 7 malam hingga 11 malam setiap hari bagi membolehkan bunga tumbuh lebih cepat. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Jun, 2021
Daftar atau log masuk di sini untuk komen.
Komen