KIRA-kira 10 kilometer dari Hospital Sungai Buloh, yang merupakan pusat rawatan pesakit Covid-19, Tanah Perkuburan Islam di Kampung Merbau Sempak kini menjadi tumpuan untuk pengebumian mayat mangsa Covid-19.
Di sinilah penggali kubur Mohd Rahim Talib, 51 tahun menjalankan tugasnya untuk mengebumikan mangsa.
Tidak seperti penggali kubur lain, yang divaksin pada fasa pertama kempen imunisasi kebangsaan, Rahim yang menjadi penggali kubur sejak 35 tahun lalu berkata beliau masih menunggu untuk mendapatkan vaksin.
“Walaupun sebelum ini saya menerima tarikh temu janji untuk vaksinasi, ramai penggali kubur kampung macam saya, yang menguruskan mayat mangsa Covid-19, masih menunggu untuk menerima suntikan.
Seorang lagi penggali kubur Mat Nor Saibani Bunari, 54 juga masih menunggu tarikh temu janji.
Mat Nor berkata pada mulanya dia takut untuk menguruskan mayat mangsa Covid-19, namun kini sudah biasa kerana berdepan dengannya setiap hari.
Rahim berkata penggali kubur hidup dalam ketakutan kerana bimbang dijangkiti bukan hanya diri mereka, tetapi juga keluarga mereka di rumah.
Ini kerana Kementerian Kesihatan memberi panduan untuk mereka melindungi diri daripada dijangkiti koronavirus. Rahim berkata pegawai kesihatan hadir pada pengebumian mangsa Covid-19 bagi memastikan setiap protokol, seperti pemakaian peralatan perlindungan peribadi, dipatuhi.
Namun katanya, risiko jangkitan masih ada selagi tidak divaksin.
Rahim berharap kerajaan dapat mempercepatkan proses vaksinasi terutamanya kepada penggali kubur kampung. – 10 Jun, 2021.
Mohd Rahim Talib mengenakan peralatan perlindungan diri ketika menguruskan jenazah pesakit Covid-19. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Jun, 2021.Mohd Rahim Talib bersama cucunya di rumahnya di Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor. Beliau bimbang dengan keselamatan keluarganya memandangkan dirinya masih belum divaksin.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Jun, 2021.Mohd Rahim Talib membantu isterinya Norhana Nordin di rumahnya di Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulekfli, 10 Jun, 2021.Penggali kubur Mohd Rahim Talib lega selepas mendapat tarikh temu janji untuk vaksin Covid-19.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Jun, 2021.Mohd Rahim Talib membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Islam Merbau Sempak, Sungai Buloh. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Jun, 2021.Penggali kubur menyediakan ruang untuk pengebumian mangsa Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Jun, 2021. Kenderaan membawa mayat mangsa Covid-19 tiba di Tanah Perkuburan Islam Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Jun, 2021.Bagi mengelakkan jangkitan, penggali kubur diwajibkan mematuhi prosedur seperti memakai peralatan perlindungan peribadi ketika pengebumian jenazah mangsa Covid-19. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Jun, 2021.Penggali kubur bekerja pada waktu malam untuk mengebumikan mangsa Covid-19 yang meninggal pada sebelah petang di Tanah Perkuburan Islam Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Jun, 2021.Tugas penggali kubur sangat mencabar namun seseorang perlu melakukannya terutamanya di masa pandemik. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Jun, 2021.Bunga yang tumbuh di Tanah Perkuburan Islam Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Jun, 2021.Mohd Rahim Talib berehat seketika selepas melakukan kerja di Tanah Perkuburan Islam Merbau Sempak, Sungai Buloh. Selangor.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Jun, 2021.
Komen