156 pekerja asing ditahan dalam serbuan asrama
Nazir Sufari ,
Hasnoor Hussain
Dikemas kini 2 tahun yang lalu ·
Diterbitkan pada 7 Jun 2021 2:14PM ·
RATUSAN pekerja asing ditahan sebuah kilang di Cyberjaya ditahan dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen malam tadi.
Serbuan selepas Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin baru-baru berkata operasi besar-besaran akan dijalankan sepanjang 14 hari sekatan pergerakan penuh bagi menahan pendatang asing tanpa izin (Pati).
Pengumuman itu mengundang kritikan pelbagai pihak kerana akan merencatkan usaha mencapai imuniti kelompok.Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. – 7 Jun, 2021.
Seorang pegawai imigresen menyembur cecair nyah kuman terhadap sekumpulan pekerja migran semasa serbuan di kawasan pekerja pembinaan di Cyberjaya, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 7 Jun, 2021.
Pekerja migran menunggu pemeriksaan dokumen oleh Jabatan Imigresen semasa serbuan di asrama pekerja binaan di Cyberjaya, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 7 Jun, 2021.
Sekumpulan tahanan berjalan ke tempat terbuka untuk diperiksa oleh Imigresen semasa serbuan di asrama pekerja binaan di Cyberjaya, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 7 Jun, 2021.
Seorang pegawai Imigresen disembur cecair nyah kuman oleh rakannya semasa serbuan di asrama pekerja binaan di Cyberjaya, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 7 Jun, 2021.
Seorang pekerja asing keluar dari tempat persembunyian di bawah kanvas plastik semasa serbuan di asrama pekerja binaan di Cyberjaya, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 7 Jun, 2021.
Sekumpulan pekerja asing yang ditahan oleh pegawai Imigresen semasa serbuan di asrama pekerja binaan di Cyberjaya, Selangor. Kira-kira 156 pekerja asing ditahan dalam serbuan itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 7 Jun, 2021.
Pekerja asing memegang pasport mereka semasa serbuan di asrama pekerja binaan di Cyberjaya, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 7 Jun, 2021.
Pekerja asing menaiki trak Jabatan Imigresen dibawa ke Putrajaya untuk disoal siasat semasa serbuan di asrama pekerja pembinaan di Cyberjaya, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 7 Jun, 2021.
Seorang pekerja asing keluar dari lokasi persembunyian di kawasan semak samun semasa serbuan di asrama binaan di Cyberjaya, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 7 Jun, 2021.
Pekerja asing dikepung oleh pegawai Imigresen semasa serbuan di asra,a pekerja binaan di Cyberjaya, Selangor. Kira-kira 156 pekerja asing ditahan dalam serbuan itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 7 Jun, 2021.
Pekerja asing keluar dari asrama mereka untuk diperiksa dokumen oleh pegawai Imigresen semasa serbuan di asrama pekerja pembinaan di Cyberjaya, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 7 Jun, 2021.
Beberapa pekerja asing dikawal oleh pegawai Imigresen selepas mereka ditemui di semak semasa serbuan di asrama pekerja binaan di Cyberjaya, Selangor semasa serbuan imigresen. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 7 Jun, 2021.
Sekumpulan pekerja asing yang ditahan oleh pegawai Imigresen semasa serbuan di asrama pekerja di Cyberjaya, Selangor. Ratusan pekerja asing di sebuah kilang di Cyberjaya ditahan malam tadi dalam serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 7 Jun, 2021.
Daftar atau log masuk di sini untuk komen.
Komen