BANJIR sentiasa dikaitkan dengan kerugian tetapi di tasik Tonle Sap, Kemboja, ia adalah satu rahmat. Banjir memberikan hasil yang lumayan kepada nelayan yang berpindah-randah.
Kitaran banjir tahunan menjadikan tasik itu salah satu daripada ekosistem air tawar yang paling produktif di dunia. Setiap tahun tasik itu menghasilkan kira kira 300,000 tan ikan.
Ketika musim tengkujuh, air tasik itu naik sehingga lima kali ganda berbanding ketika musim kering, menghasilkan kawasan memancing yang segar. Apabila air surut, tanah itu dipenuhi dengan lumpur dan tumbuh tumbuhan paya.
Lebih daripada satu juta orang, termasuk nelayan yang berpindah randah, bergantung kepada sumber semulajadi tasik itu yang dikenali sebagai ‘Jantung Kemboja’. – 4 Januari, 2018.
Seorang nelayan nomad menggunakan lampu suluh ketika keluar bekerja. Nelayan di sana bergantung kepada panel solar dan bateri bagi bekalan elektrik, sebahagian besarnya untuk rumah bot dan mengecas lampu kepala mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Januari, 2018.Seorang penjual ikan beredar setelah mendapatkan bekalan dari nelayan. Tasik itu membekalkan separuh daripada sumber protein penduduk.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Januari, 2018.Seorang lelaki mnikmati pemandangan lewat petang di atas botnya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Januari, 2018.Nelayan nomad berdiri di atas bot mereka. Banjir adalah talian hayat mereka, membekalkan makanan dan tempat untuk tinggal di atas tasik itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Januari, 2018.Seorang kanak-kanak perempuan bermain dengan kucing di rumah botnya. Sebuah rumah bot mampu memuatkan sehingga dua orang dewasa dan dua kanak kanak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Januari, 2018.Peralatan dapur dan periuk yang digantung di dalam sebuah rumah bot. Kebanyakan rumah bot dilengkapi dengan kelengkapan yang minimum. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Januari, 2018.Seorang kanak-kanak lelaki berangkat ke sekolah yang terletak sejauh 5km daripada rumah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Januari, 2018.Seorang wanita dan ayamnya. Reban ayam itu bergerak mengikut paras tasik apabila paras air naik atau turun. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Januari, 2018.Kanak-kanak bermain di atas sebatang jalan yang sebahagiannya ditenggelami banjir. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Januari, 2018.Seorang lelaki berjalan di daratan yang terselamat dari banjir tahunan di sepanjang tasik Tonle Sap di wilayah Siem Reap, Kemboja. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Januari, 2018.
Pemandangan tumbuhan di tasik Tonle Sap. Kawasan itu menjadi tempat pembiakan ikan ketika musim banjir dan menjadi sawah padi semasa musim kering. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Januari, 2018.Rumah bot kepunyaan nelayan yang tinggal di tebing tasik Tonle Sap. Kehidupan mereka bergantung kepada musim banjir dan kering setiap tahun. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Januari, 2018.Seorang nelayan nomad memindahkan rumah botnya ke perairan yang lebih dalam untuk mengelakkan daripada terkandas ketika banjir surut di tasik Tonle Sap. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Januari, 2018.Pemandangan di sebuah sawah. Kawasan ini ditenggelami air pada bulan Oktober tetapi sebaik banjir surut, ia meninggalkan tanah yang subur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Januari, 2018.Seorang lelaki di atas botnya. Beberapa generasi muda telah berpindah dari tasik untuk bekerja atau berkahwin tetapi masih ada yang hidup di tasik kerana ia memberi mereka sumber makanan, pekerjaan dan tempat tinggal. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Januari, 2018.
Komen