DAMANYU merupakan sebuah kilang pelitup muka di Semenyih yang hanya menggunakan tenaga kerja tempatan.
Kilang itu menghasilkan pelitup muka tiga lapis gred perubatan yang mendapat pengiktirafan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia.
Sejak mula beroperasi pada Julai lalu, kilang itu hanya membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan semasa pandemik Covid-19.
Selain itu, kilang itu juga berhasrat mendidik rakyat tentang keperluan menggunakan pelitup muka yang berkualiti bagus.
Kilang itu kini mempunyai lapan pekerja yang kesemuannya rakyat tempatan yang kehilangan pekerjaaan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.
Jumlah tenaga kerja yang diperlukan mungkin bertambah ekoran permintaan produk tersebut.
Kementerian Kesihatan juga menyarankan penggunaan pelitup muka tiga lapis yang 99% boleh menapis habuk halus.
Kilang Damanyu boleh menghasilkan 4,000 pelitup muka dalam tempoh sejam.
Walaupun jumlah itu tidak banyak, kualiti pelitup muka yang dihasilkan jauh lebih baik.
Buat masa ini, pelitup muka itu hanya dihasilkan untuk pasaran tempatan dengan harga RM5 bagi 10 keping. – 27 Disember, 2020.
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, lebih 100 juga pelitup muka dibuat di Malaysia antara April hingga Ogos. – 27 Disember, 2020.
SEORANG pekerja memakai alat perlindungan diri (PPE) sebelum memasuki 'Bilik Bersih' di sebuah kilang pelitup muka di Semenyih, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 27 Disember, 2020.Seorang pekerja memakai PPE di dalam bilik 'nyahkuman' bagi membersihkan debu dan kotoran sebelum memasuki 'Bilik Bersih'. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 27 Disember, 2020. Seorang pekerja memakai PPE sebelum memasuki "Bilik Bersih". – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 27 Disember, 2020.Sebaris pelitup muka dimasukkan ke dalam mesin cahaya ultraungu (UV-C) bagi proses nyahkuman. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 27 Disember, 2020.Seorang pekerja memeriksa tiga jenis fabrik sebelum memulakan proses menghasilkan pelitup muka di dalam 'Bilik Bersih' di sebuah kilang di Semenyih, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 27 Disember, 2020.Pekerja yang lengkap berpakaian PPE di Bahagian Kawalan Kualiti memeriksa kualiti pelitup muka sebelum dihantar ke bahagian pembungkusan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 27 Disember, 2020.Pekerja yang lengkap berpakaian PPE di Bahagian Kawalan Kualiti melakukan pemeriksaan kualiti pelitup muka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 27 Disember, 2020.Seorang pekerja yang lengkap berpakaian PPE di Jabatan Kawalan Kualiti melakukan pemeriksaan kualiti pelitup muka sebelum menghantarnya ke bahagian pembungkusan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 27 Disember, 2020.Pekerja berbual bersama rakan atau keluarga menerusi telefon pintar di hostel selepas selesai bekerja. Kilang kecil ini mengambil lapan pekerja tempatan yang kehilangan pekerjaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 27 Disember, 2020.
Komen