DI Pantai Timur Malaysia, kedatangan Oktober turut diikuti angin kencang dan alunan ombak yang kuat yang menandakan bermulanya musim tengkujuh, membawa bersama cuaca buruk sehingga Disember.
Sepanjang musim tengkujuh ini, nelayan tidak akan turun ke laut. Paling jauh pun mungkin 15 batu nautika daripada persisiran pantai.
Namun, bagi sesetengah nelayan, cuaca buruk ini juga adalah rahmat buat mereka memandangkan lumpur di persisiran pantai menjadi tempat berlindung buat ikan-ikan kecil. Atmosferanya seakan fiesta dengan kehadiran ramai nelayan dan pemancing, bersama payung masing-masing mencuba nasib menangkap ikan-ikan di tepi pantai.
Walaupun musim tengkujuh, pelbagai jenis ikan boleh dijumpai dipinggir laut dan dikawasan berlumpur ini yang antaranya terdiri daripada ikan gelama, tamban, bawal, jemedi dan edek. Gelama terbaik dijadikan ikan kering, dan dijual kepada pembeli dengan harga mencecah RM12 sekilo.
Bagaimanapun, bagi nelayan sepenuh masa, mereka menggunakan pukat tarik. Salah seorang daripada mereka ialah Azmie Hamzah, 39, berasal dari Kampung Seberang Takur Baru, Kuala Terengganu. Ketika munsim tengkujuh inilah beliau, dengan bantuan hampir 10 rakannya yang lain akan menunda ikan menggunakan 120 meter pukat. Dengan cara ini mereka mampu mendapat pendapatan mencecah RM300 sehari.
Namun, umpama pasang surut laut juga, ada naik turun juga pendapatan mereka. Tambahan apabila bermulanya projek pembinaan jambatan di muara Sungai Terengganu itu, yang mengbhubungkan bandar Kuala Terengganu dengan Kuala Nerus melalui Seberang Takir. Jambatan bernilai RM240 juta ini, yang pertama di Asia, dan dijangka siap pada 2018, dijangkakan bakal mengganggu sedikit sebanyak pendapatan nelayan di sini. – 16 Disember, 2017.
Selepas selesai urusan mencari nafkah di laut, Azmie Hamzah akan memastikan pukat tarik beliau tidak rosak. Kos untuk membaiki agak tinggi dewasa ini. Sebagai nelayan adalah perkara biasa untuk akan memperbaiki sendiri kerosakan peralatan mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Disember, 2017.Lebih kurang seramai 10 ahli keluarga dan penduduk kampung akan membantu menarik pukat tarik ke laut. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Disember, 2017.Seorang penduduk kelihatan sedang menjala ikan di pantai Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu. Tak jauh dari situ, kelihatan jambatan penghubung yang masih dalam pembinaan di Sungai Terengganu. Jambatan itu akan menghubungkan pekan Kuala Terengganu dengan Kuala Nerus melalui Seberang Takir. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Disember, 2017.Bantuan penduduk kampung dan ahli keluarga sangat penting terutamanya ketika menolak bot naik ke darat. Kegiatan sebeginilah yang menguatkan ikatan silaturrahim sesama penduduk. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Disember, 2017.Kanak-kanak sedang mandi manda di pantai Kampung Seberang Takir di Kuala Terengganu selepas membantu keluarga mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Disember, 2017.Seorang kanak-kanak sedang kelihatan kusyuk memandang ke laut sambil menunggu penduduk kampung dan ahli keluarganya menyiapkan pukat tarik untuk menangkap ikan di Kampung Baru, Seberang Takir, Kuala Terengganu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Disember, 2017.Ikan-ikan tangkapan dijemur untuk dijadikan ikan kering di Kampung Baru, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Ikan gelama adalah ikan paling baik untuk dijadikan ikan kering, malah harganya boleh mencecah RM12 sekilo. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Disember, 2017.Setelah membantu orang tua mereka menarik pukat tarik, dua nelayan muda ini akan membersihkan hasil tangkapan mereka di pantai Seberang Takir, Kuala Terengganu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Disember, 2017.Sepanjang musim tengkujuh, ramai pemancing tua dan berpengalaman akan mengunjungi pantai Seberang Takir. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Disember, 2017.Azmie Hamzah (berbaju biru) sedang memperbetulkan pukat tarik sambil dibantu ahli keluarga sebelum beliau mula mencari nafkah di pantai Kampung Baru, Seberang Takur di Kuala Terengganu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Disember, 2017.Wanita ahli keluarga nelayan sedang menimbang ikan kering sebelum dijual kepada pembeli tempatan di Kampung Baru Seberang Takir, Kuala Terengganu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Disember, 2017.Ahli keluarga dan penduduk kampung bersama mengasingkan jenis ikan mengikut gred di pantai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Disember, 2017.Kanak-kanak membantu menarik pukat tarik ke laut di pantai Seberang Takir, Kuala Terengganu. Kemudiannya, pukat tarik itu akan diletak sedalam lapan hingga 10 kaki dari permukaan laut menggunakan bot. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Disember, 2017.Sesetengah daripada ikan-ikan ini akan dijemur untuk dijadikan ikan kering, sementara ikan segar lain akan dikongsi dan dijual oleh mereka. Kg Baru, Seberang Takir ini terkenal dengan ikan keringnya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Disember, 2017.Anak-anak nelayan sedang bersantai di pantai Seberang Takir selepas membantu keluarga mereka menangkap ikan menggunakan pukat tarik di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Disember, 2017.Pakaian dikeringkan di belakang rumah Azmie Hamzah di Kampung Baru, Seberang Takir, Kuala Terengganu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Disember, 2017.Azmie Hamzah sedang mencuci enjin bot di belakang rumahnya. Mesin itu perlu dijaga rapi kerana ia sering terdedah kepada air laut yang boleh merosakkan enjin tersebut. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Disember, 2017.
Komen