BANJARAN Crocker terletak di pantai barat Sabah, 75km dari Tenom di barat hingga Ranau di timur. Ia memisahkan antara pantai barat dan timur negeri ini.
Di salah satu puncaknya di sebelah timur, berhampiran Taman Negara Banjaran Crocker, penduduk Kampung Toboh Lama teruja.
Musim memetik buah kopi sudah semakin hampir. Sebahagian buah sudah bertukar menjadi merah.
Selama beberapa bulan akan datang hingga Februari, mereka akan sibuk memetik buahnya.
Kopi ditanam di Kampung Tolok Lama sejak zaman penjajah.
Namun, hanya dalam 10 tahun terakhir penduduk kampung menukar tanaman lain di lereng bukit kepada Arabica, kopi versi terbaik.
Ketinggian antara 1.300, dan 1.500m memberikan kelembapan lebih baik dan suhu yang lebih rendah untuk tananaman, antara 16℃ hingga 27℃.
Julat suhu yang lebih luas di dataran tinggi memberikan rasa kopi yang unik.
Sebilangan besar penanam kopi dalam usia pertengahan dan perlu mendaki ke ladang mereka. Mereka harus memangkas dahan, memberi nutrien mencukupi kepada tanaman dan menjauhkan perosak daripada buah kopi.
Ini adalah kerja yang sukar walaupun hasilnya bermusim. Walaupun begitu, penanam mempraktikkan pertanian ekologi, yang lebih lestari dan menjaga biodiversiti alam sekitar dalam pengeluaran kopi mereka.
Empat tahun kebelakangan ini, biji kopi dipasarkan di seluruh dunia sebagai kopi istimewa dengan jenama Sabarica.
Oleh itu, harga biji kopi mentah meningkat dari bawah RM10 sekilo dalam dekad yang lalu kepada sekitar RM25 hari ini. – 2 Oktober, 2020.
Seorang daripada kira-kira 40 penanam kopi Kampung Toboh Lama di Ranau, Sabah, berjalan ke ladangnya ditemani dua ekor anjing. Ladang ini berada di salah satu puncak Banjaran Crocker, menghadap Gunung Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 2 Oktober, 2020.
Kampung Toboh Lama di lereng Banjaran Crocker di Ranau, Sabah, diselimuti kabus. Banyak petani mewarisi ladang mereka yang subur. Bandar terdekat adalah Kundasang, sejam perjalanan melalui jalan yang curam dan berliku. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 2 Oktober, 2020.
Orang Dusun Kampung Toboh Lama bersama hasil tanaman selepas seharian bekerja. Hampir semua penduduk di situ menjadi petani dan bekerja selama beberapa generasi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 2 Oktober, 2020.
Seorang kanak-kanak berjalan pulang dengan beg sekolah selepas bermain dengan rakan-rakannya sebelum suasana menjadi gelap. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 2 Oktober, 2020.
Buah kopi Arabica di Kampung Toboh Lama berlatarkan pemandangan Gunung Kinabalu. Terletak 1.300m di atas permukaan laut, ia menghasilkan biji kopi berkualiti tinggi kerana suhu antara 16℃ dan 27℃, sangat sesuai untuk tanaman itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 2 Oktober, 2020.Penanam kopi, Jamliah menyiapkan peralatannya sebelum bekerja. Jamaliah menanam kopi Arabica seluas 1.21 hektar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 2 Oktober, 2020.Seorang petani kopi memetik buah kopi yang sudah masak. Musim menuai berlangsung dari Oktober hingga Februari. Buah berubah dari hijau kepada maroon apabila matang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 2 Oktober, 2020.Fabian William memeriksa kilang kopinya. Fabian membantu ayahnya sejak kecil dan hanya berhenti untuk melanjutkan pelajaran di politeknik di Kelantan. Selepas tamat pengajian, Fabian kembali ke kampung, menanam kopi, sayur dan membela kambing. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 2 Oktober, 2020.Penanam kopi berehat sebentar daripada kepenatan bekerja di ladang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 2 Oktober, 2020.Seorang petani berjalan pulang bersama anaknya selepas seharian di ladang kopi mereka di Kampung Toboh Lama. Petani bekerja dari jam 7 pagi hingga 2 petang setiap hari. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 2 Oktober, 2020.Seorang petani memasukkan buah kopi yang dipetik ke dalam bekas untuk proses mengeluarkan lapisan luarnya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 2 Oktober, 2020.Biji kopi dihasilkan oleh salah seorang petani Kampung Toboh Lama. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 2 Oktober, 2020.Seorang kanak-kanak perempuan membuat kerja sekolahnya sementara ibu membungkus sayur-sayuran yang dipetik. Tanaman bukan bermusim memberi pendapatan harian sementara menunggu musim memetik kopi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 2 Oktober, 2020.
Komen