LEBIH daripada 1.2 juta pengguna di sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual pada Khamis apabila empat loji rawatan air ditutup kerana pencemaran sungai berpunca daripada kilang di Sungai Gong, Rawang, Selangor.
Kuala Lumpur, Shah Alam dan Gombak antara kawasan yang mengalami krisis bekalan air selain beberapa lagi kawasan lain. Air dijangka pulih pada Isnin ini.
Kilang yang bertanggungjawab di sebalik masalah pencemaran ini dikenali sebagai Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd yang menjalankan perkhidmatan dan menyelenggara jentera berat.
Syarikat itu didakwa membuang minyak hitam ke dalam longkang yang dibawa ke sungai. – 6 September, 2020.
Penduduk Kota Damansara di Selangor bersama-sama mengisi air dalam bekas masing-masing yang diperoleh dari lori bekalan air. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 6 September, 2020.Seorang kanan-kanan dilihat menjunjung botol air besar yang diagihkan oleh Air Selangor di flat Marsalam, Rawang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 6 September, 2020.Lori bekalan air sampai untuk mengagihkan air kepada penduduk di Meru, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 6 September, 2020.Penduduk beratur panjang untuk mendapatkan bekalan air di Kota Damansara, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 6 September, 2020.Kaum wanita di flat Marsalam di Rawang juga kelihatan turut turun mengambil bekalan air yang diagihkan oleh Air Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 6 September, 2020.Pili air awam juga dijadikan punca bekalan air bagi penduduk di Meru, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 6 September, 2020.Pekerja Air Selangor mengedarkan botol minuman kepada penduduk di flat Marsalam di Rawang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 6 September, 2020.Seorang remaja perempuan dilihat membawa pulang bekalan air yang diperolehnya di Meru, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 6 September, 2020.Penduduk dinasihatkan menyimpan air yang diagihkan agar bertahan lama ketika pihak berkuasa berusaha membaikpulih bekalan air. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 6 September, 2020.Botol yang dikitar semula dijadikan bekas mengisi bekalan air yang diambil dari pili awam di Meru, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 6 September, 2020.Loji rawatan air Rantau Panjang kembali beroperasi selepas ditutup akibat pencemaran di Sungai Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 6 September, 2020.
Komen