ORANG Asli suku Jakun yang menetap di Muadzam Shah, Pahang bekerja sebagai penoreh getah atau mengumpulkan kayu untuk menjana pendapatan, sementara anak-anak juga bekerja di ladang tembikai berdekatan.
Namun, mereka berdepan kesukaran untuk terus bekerja susulan perintah kawalan pergerakan (MCO) yang dikuatkuasakan pada 18 Mac, dan beberapa penduduk kampung mulai menanam sayur bagi mendapatkan bekalan makanan.
Fatimah adalah seorang daripada penduduk yang terkesan kerana sebelum ini beliau bekerja mengambil kayu bertam untuk membuat perabot untuk dijual, tetapi tiada lagi permintaan susulan larangan perjalanan.
Sementara di Kampung Jerampak, 10km dari Muadzam Shah, Nordin mengusahakan kebun sayur kecil untuk dijadikan sumber makanan.
Kebun itu cukup besar sehingga beliau membenarkan penduduk kampung mengambilnya secara percuma dan selebihnya barulah dijual kepada pekerja ladang yang tinggal berdekatan rumahnya.
Selain Bantuan Prihatin diberi oleh kerajaan, penduduk kampung mendapat bantuan daripada Jabatan Pembangunan Orang Asli dan Yayasan Keamanan Global.
Penduduk kampung bukannya setakat bimbang dengan situasi virus yang melanda tetapi juga tidak pasti dengan masa depan mereka kerana pemulihan prospek kesihatan dan ekonomi akan memakan masa yang lama. – 21 Ogos, 2020.
Nordin melihat tanaman di kebun yang diusahakannya di Kampung Jerampak, Muadzam Shah, Pahang. - Gambar The Malaysian Insight, 21 Ogos, 2020.Suriyanti (kanan) mengajar beberapa orang kanak-kanak Orang Asli dari suku Jakun di sebuah pondok kecil di Kampung Terubing di Muadzam Shah, Pahang. - Gambar The Malaysian Insight, 21 Ogos, 2020.Seorang kanak-kanak lelaki dari suku Jakun memanjat pokok di Kampung Teraling di Muadzam Shah, Pahang. - Gambar The Malaysian Insight, 21 Ogos, 2020.Seorang wanita dari suku Jakun mendukung anaknya ketika melintasi rumah kayu yang terdapat di Kampung Terubing dekat Muadzam Shah, Pahang. - Gambar The Malaysian Insight, 21 Ogos, 2020.Getah adalah sumber utama pendapatan suku Jakun di Kampung Teraling dekat Muadzam Shah, Pahang. - Gambar The Malaysian Insight, 21 Ogos, 2020.Jamidah membawa air sungai di Kampung Bukit Biru dekat Muadzam Shah, Pahang. - TGambar The Malaysian Insight, 21 Ogos, 2020.Fatimah menyiram tanaman di kebunnya di Kampung Teraling dekat Muadzam Shah, Pahang. - Gambar The Malaysian Insight, 21 Ogos, 2020.Seorang wanita daripada suku Jakun memasak menggunakan dapur kayu di rumahnya di Kampung Terubing dekat Muadzam Shah, Pahang. - Gambar The Malaysian Insight, 21 Ogos, 2020.Nenek Alloy bermain bersama anak kucing di rumahnya di Kampung Terubing dekat Muadzam Shah, Pahang. - Gambar The Malaysian Insight, 21 Ogos, 2020.Pekerja Alam Flora dari suku Jakun membersihkan saliran di bandar Muadzam Shah di Pahang. - Gambar The Malaysian Insight, 21 Ogos, 2020.
Komen