TIDAK seperti sambutan penuh meriah Hari Kaamatan pada tahun-tahun sebelum ini, Kadazandusun Murut kali ini memilih meraikan hari penting itu dengan menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Ia saban tahun disambut di seluruh negeri pada Mei dan berakhir pada 30 dan 31 Mei di premis Persatuan Budaya Kadazan Dusun (KDCA).
Biasanya, ratusan gerai yang menjual makanan dan minuman dan pelbagai barangan akan bermula di KDCA seawal 1 Mei.
Orang ramai menikmati makanan, minuman keras, muzik, karaoke, atau segalanya, sementara yang lain menantikan program Kaamatan utama seperti pertandingan Sugandoi (nyanyian) dan Unduk Ngadau.
Namun, semua program Kaamatan kali ini dibatalkan sebagai sebahagian daripada usaha untuk membendung penyebaran Covid-19 di negeri ini. – 2 Jun 2020.
Patung berpakaian tradisional Kadazan yang dipamerkan di Persatuan Budaya Kadazan Dusun di Penampang, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 2 Jun, 2020.
Seorang lelaki melintasi pentas kosong yang biasanya digunakan untuk persembahan Hari Kaamatan di Persatuan Budaya Kadazan Dusun di Penampang, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 2 Jun, 2020.Potret bobolian (pakar ritual) Bundu Liwan yang dipamerkan di sebuah rumah tradisional Dusun di Persatuan Budaya Kadazan Dusun di Penampang, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 2 Jun, 2020.Tiada gerai menjual makanan dan minuman dan pelbagai barangan kelihatan tahun ini di Persatuan Budaya Kadazan Dusun di Penampang, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 2 Jun, 2020.Tiada gerai menjual makanan dan minuman dan pelbagai barangan kelihatan tahun ini di Persatuan Budaya Kadazan Dusun di Penampang, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 2 Jun, 2020.Suasana sunyi di kampung susulan rumah budaya dan tradisional ditutup tahun ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 2 Jun, 2020.Kebanyakan tempat ditutup bagi mematuhi PKPB yang menjadikan kampung budaya sepi, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 2 Jun, 2020.
Notis dipaparkan di pentas utama Persatuan Budaya Kadazan Dusun di Penampang, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 2 Jun, 2020.
Sebilangan besar orang Kadazan Dusun Murut memilih untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu yang disebabkan oleh wabak koronavirus. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 2 Jun, 2020.Reetasha Joanes Mijol memeriksa suhu badan ahli keluarga sebelum berkumpul bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 di Kampung Kolopis, Penampang, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 2 Jun, 2020.Sebuah keluarga yang meraikan Kaamatan di rumah bersama saudara-mara bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 di Kampung Kolopis, Penampang, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 2 Jun, 2020.
Komen