ANGGOTA imigresen dan polis melancarkan operasi pada subuh hari ini untuk menahan pendatang asing tanpa izin di kawasan Bandar Lama PJ, yang kini diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketat bagi mengekang wabak Covid-19.
Serbuan itu adalah operasi terbaru untuk mengesan dan menahan pendatang asing tanpa izin yang dijalankan di kawasan dikenakan PKPD seperti Masjid India, utara Kuala Lumpur dan Pasar Borong KL di Selayang dalam usaha mengekang wabak virus maut itu. – 20 Mei, 2020.
Juliana, pendatang dari Bali, Indonesia yang bekerja di sebuah restoran sebelum wabak Covid-19 meledak, memandang ke luar trak imigresen selepas ditahan dalam serbuan di Bandar Lama PJ, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 20 Mei, 2020.
Seorang ibu warga Indonesia menenangkan anaknya dalam khemah ketika operasi menahan pendatang asing tanpa izin di Bandar Lama PJ, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 20 Mei, 2020.
Pendatang asing tanpa dokumen perjalanan sah di Bandar Lama PJ dibawa ke kenderaan untuk dihantar ke pusat tahanan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 20 Mei, 2020.
Kawat berduri menandakan sempadan kawasan dikenakan PKPD di Bandar Lama PJ, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 20 Mei, 2020.
Pendatang asing tanpa izin menunggu untuk dibawa ke pusat tahanan di Bandar Lama PJ, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 20 Mei, 2020.
Pendatang asing dimasukkan ke dalam trak ketika serbuan di Bandar Lama PJ, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 20 Mei, 2020.
Pendatang asing tanpa izin digari dan dirantai ketika serbuan di Bandar Lama PJ, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 20 Mei, 2020.
Wanita dan kanak-kanak digari dan dirantai diiringi masuk ke dalam trak di Bandar Lama PJ. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 20 Mei, 2020.
Pendatang digari dan dirantai ketika serbuan di Bandar Lama PJ, Selangor. – Gsmbar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 20 Mei, 2020.
Daftar atau log masuk di sini untuk komen.
Komen