LANGIT masih lagi gelap ketika pohon kelapa mula melambai dihembus angin Laut China Selatan. Amalin Anis perlahan memulakan langkah menyusur denai antara kebun kelapa di Pulau Suri ke tebing Sungai kelantan.
Dia kemudiannya menyertai kawan sekolahnya, sekitar 15 orang pelajar SMK Kedai Buloh di jeti. Selepas 10 minit menunggu, deruman enjin bot mula memecah keheningan pagi.
Dua buah bot berhenti di jeti di mana pelajar menaikinya dan meninggalkan Kampung Pulau Pisang untuk ke Kota Bharu, Kelantan di mana terletaknya sekolah mereka. Ia mengambil masa 30 minit menyusuri Sungai Kelantan untuk tiba ke destinasi mereka.
Itu hanya rutin harian biasa mereka yang tinggal di 33 buah kampung di sepanjang Sungai Kelantan dan Laut China Selatan.
33 pulau - Teluk Renjuna, Pulau Beluru, Pulau Suri, Pulau Gorek, Pulau Besar, Pulau Seratus, Pulau Gagak, Pulau Tongkang, Pulau Hj Nik Mat, Pulau Pak Ali, Pulau Cendur, Pantai Kuda dan beberapa pulau tidak berpenghuni - membentuk delta Sungai Kelantan.
Kira-kira 3,000 penduduk tinggal di pulau ini, kebanyakannya nelayan yang mewarisi bot daripada bapa mereka. Bagaimanapun, hasil tangkapan mereka semakin merosot. Kelapa menjadi sumber pendapatan kedua mereka. – 22 November, 2017.
Pelajar meninggalkan rumah mereka untuk ke sekolah mereka di Pulau Suri, Tumpat, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 November, 2017.Pelajar menyusuri Sungai Kelantan menaiki bot dari Pulau Suri untuk ke sekolah mereka di SMK Kedai Buloh di Kampung Pulau Pisang, Kota Bharu, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 November, 2017.Suasana pagi di Pulau Teluk Renjuna. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 November, 2017.Bot yang sarat dengan penumpang menghampiri jeti Kok Majid di Tumpat, Kelantan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 November, 2017.Sekawan lembu duduk berhampiran timbunan kayu yang dihanyutkan ke Teluk Renjuna di delta Sungai Kelantan, Tumpat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 November, 2017.Seorang lelaki bersama dua kanak-kanak menjala ikan di tebing Sungai Kelantan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 November, 2017. Seorang kanak-kanak bermain di kayu balak yang hanyut di Teluk Renjuna, delta Sungai Kelantan, Tumpat.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 November, 2017. Penduduk Teluk Renjuna bergotong-royong menyediakan bubur asyura di delta Sungai Kelantan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 November, 2017. Sukarelawan dari Malaysian Relief Agency memeriksa pesakit yang merupakan penduduk di Teluk Renjuna. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 November, 2017. Sebuah rumah di Teluk Renjuna, delta Sungai Kelantan, Tumpat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 November, 2017. Seorang penduduk menyusuri laluan di antara dua pulau dengan botnya di delta Sungai Kelantan di Tumpat.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 November, 2017. Penduduk membaiki pukat di Pulau Suri, delta Sungai Kelantan, Tumpat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 November, 2017. Belia di Pulau Suri menghabiskan waktu lapang dengan bermain sepak takraw. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 November, 2017. Penumpang sedang menunggu bot di Pulau Suri, delta Sungai Kelantan, Tumpat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 November, 2017. Pelajar sekolah memandu sendiri bot untuk ke sekolah di Sungai Kelantan di Tumpat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 November, 2017.
Komen