DOKTOR, jururawat dan kakitangan penjagaan kesihatan kini menjadi “pahlawan” Covid-19 termasuk mereka yang bekerja di sektor awam dan swasta yang berusaha sedaya upaya untuk memerangi wabak tersebut.
Selangor yang mempunyai jumlah kes paling tinggi di antara semua negeri, dengan 1,345 setakat semalam, sedang melakukan ujian saringan berskala besar untuk Covid-19 bagi meratakan lengkungan carta jangkitan di negeri ini.
Ujian peringkat komuniti yang sedang dilakukan adalah kerjasama antara kerajaan negeri dan sektor swasta dengan sokongan sukarelawan serta dikoordinasikan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Selcare Management Sdn Bhd.
Ujian saringan dilakukan oleh 48 pegawai perubatan dan mensasarkan kumpulan berisiko tinggi, seperti warga emas, melalui bantuan analisis data besar.
Antara 400 hingga 500 ujian dilakukan setiap hari untuk mengenal pasti lebih banyak kes jangkitan, kata Menteri Besar Amirudin Shari. – 21 April, 2020.
Seorang kakitangan kesihatan bermandi peluh ketika menjalankan ujian terhadap pesakit semasa ujian saringan komuniti berskala besar untuk Covid-19 di Shah Alam, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 21 April, 2020.Kakitangan kesihatan memakai pakaian pelindungan di dewan persiapan sebelum menjalankan ujian saringan komuniti berskala besar bagi Covid-19 di Shah Alam, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 21 April, 2020.Pekerja kesihatan bersiap di dalam kenderaan sebelum melakukan saringan komuniti berskala besar untuk Covid-19 di sebuah kampung di Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 21 April, 2020.
Seorang penduduk kampung memberikan maklumat dirinya kepada pekerja kesihatan untuk menjalani saringan ujian Covid-19 di sebuah kampung di Rantau Panjang, Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 21 April, 2020.Sepasang warga emas menjalani ujian semasa saringan komuniti Covid-19 berskala besar di sebuah kampung di Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 21 April, 2020.Seorang pekerja kesihatan datang ke rumah seorang penduduk kampung untuk melakukan ujian ujian saringan Covid-19 di Rantau Panjang, Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 21 April, 2020.Walaupun cuaca panas, kakitangan kesihatan masih lengkap berpakaian perlindungan ketika melakukan ujian Covid-19 di sebuah kampung di Rantau Panjang, Klang, di luar Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 21 April, 2020.Seorang kakitangan kesihatan memeriksa suhu badan seorang warga emas semasa saringan Covid-19 di pusat perlindungan di Kapar, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 21 April, 2020.Seorang kakitangan kesihatan berpakaian pelindungan lengkap melawat sebuah rumah untuk melakukan saringan ujian Covid-19 di sebuah kampung di Rantau Panjang, Klang, di luar Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 21 April, 2020.Kakitangan kesihatan melakukan ujian di bawah pokok semasa saringan komuniti berskala besar untuk Covid-19 di Rantau Panjang, Klang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 21 April, 2020.Seorang kakitangan kesihatan melakukan ujian semasa saringan berskala besar untuk Covid-19 di sebuah kampung di Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 21 April, 2020.Seorang kakitangan kesihatan memasukkan sampel swab hidung ke dalam tabung uji semasa saringan ujian Covid-19 di Kapar, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 21 April, 2020.
Komen