PULAU Gaya mungkin merupakan taman laut tetapi ia juga merupakan kediaman bagi sejumlah besar pendatang asing tanpa izin dan setinggan.
Kampung Pondoh hanya 1.5km dan 10 minit perjalanan dengan menaiki bot dari bandar Kota Kinabalu tetapi kampung ini tidak mempunyai kemudahan dan infrastruktur asas di samping tahap kebersihan yang buruk.
Selepas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) fasa pertama pada 18 Mac, penduduk di Pulau Gaya dilarang meninggalkan pulau atau memasuki bandar.
Hanya mereka yang terlibat dengan perkhidmatan penting dibenarkan memasuki Kota Kinabalu sepanjang tempoh PKP.
Walaupun diberi bantuan makanan, ia masih tidak mencukupi terutama untuk menampung keluarga yang besar.
Penduduk kampung berharap agar pihak berkuasa dapat memperbaiki keadaan hidup mereka ketika negara giat menangani wabak Covid-19. – 20 April, 2020.
Perjalan ke Pulau Gaya hanya mengambil masa kira-kira 10 minit dengan menaiki bot, yang terletaknya beberapa perkampungan air. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2020.
Walaupun sekatan pergerakan dikuatkuasakan, banyak penduduk pulau masih menjalani kehidupan normal mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2020.Penduduk kampung bermain bola tampar air di perairan Palau Gaya, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2020.
Kanak-kanak asyik dengan permainan di telefon pintar mereka di Palau Gaya, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2020.
Polis marin dikerahkan untuk memantau pergerakan penduduk pulau di Palau Gaya, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2020.
Hanya penduduk pulau yang mengalami masalah kesihatan dan terlibat dengan perkhidmatan penting dibenarkan memasuki Kota Kinabalu dalam tempoh PKP. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2020.Seorang budak lelaki berjalan di jeti kayu di depan rumahnya di Palau Gaya, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2020.
Setelah pelaksanaan PKP fasa pertama pada 18 Mac, penduduk di Pulau Gaya dilarang meninggalkan pulau atau memasuki Kota Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2020.Walaupun menerima bantuan makanan, ia tidak cukup untuk menampung keperluan keluarga yang mempunyai anak ramai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2020.Seorang ibu menidurkan anak-anaknya di Palau Gaya, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2020.Sebuah keluarga menaiki bot pada waktu malam di Palau Gaya, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2020.Penduduk pulau terpaksa menggunakan kayu api untuk memasak, yang menambah beban dalam kehidupan harian mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2020.Polis marin memantau pergerakan penduduk pulau, yang dilarang meninggalkan pulau atau memasuki ibu negeri. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2020.Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengagihkan makanan asas kepada penduduk kampung berhampiran Pulau Gaya, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2020.
Komen