PANDEMIK Covid-19 menyebabkan masalah kekurangan peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk petugas barisan hadapan, terutama doktor dan jururawat.
Beberapa individu kemudian mengambil insiatif menawarkan perkhidmatan mereka untuk menjahitkan PPE.
Fana Couture, pengeluar pakaian Muslim, menjahit tudung pakai buang untuk petugas barisan hadapan.
Hospital seperti HKL dan KPJ menghantar bahan yang kemudiannya dijahit oleh pekerja Fana Couture untuk dijadikan tudung pakai buang.
Setakat ini, mereka menyiapkan 200 hingga 300 tudung pakai buang untuk kegunaan petugas barisan hadapan. – 4 April, 2020.
Pengasas Fana Couture, Azyliana Azam mencuba tudung PPE yang dihasilkan syarikatnya di Batu Caves, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 April, 2020.Pekerja di Fana Couture sedang menjahit tudung untuk digunakan sebagai sebahagian kelengkapan PPE di pusat pengeluaran mereka di Batu Caves, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 April, 2020.Azyliana Azam dan suaminya melakukan pemeriksaan terhadap bahan yang digunakan untuk menjahit tudung PPE di pejabat Fana Couture. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 April, 2020.Pekerja Fana Couture menyediakan fabrik untuk menjahit tudung di pusat pengeluaran mereka di Batu Caves, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 April, 2020.Pengasas Fana Couture Azyliana Azam meneliti bahan yang digunakan untuk menghasilkan tudung PPE. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 April, 2020.Seorang pekerja memotong fabrik yang digunakan untuk menjahit tudung PPE pakai buang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 April, 2020.Fana Couture, pengeluar pakaian Muslim, menjahit tudung pakai buang secara percuma untuk petugas barisan hadapan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 April, 2020.Pekerja Fana Couture menjahit tudung PPE di pusat pengeluaran mereka di Batu Caves, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 April, 2020.Pekerja di Fana Couture membungkus tudung PPE untuk dihantar ke hospital bagi kegunaan petugas barisan hadapan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 April, 2020.
Komen