BAGI segelintir pekerja bantuan di Sabah, menghantar barangan makanan kepada mereka yang memerlukan bukanlah satu tugas yang mudah.
Ini kerana, terdapat pekerja bantuan yang ditugaskan untuk menghantar bekalan ke perkampungan di pendalaman Penampang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ia mengambil masa selama tiga jam untuk mereka tiba di Kampung Moyog, Kampung Kongkusilad, Kampung Koliasan, Kampung Malapi, Kampung Mompoit, Kampung Kipandi, Kampung Lombiding dan Kampung Tadong-adong.
Semua bekalan makanan dan baragan itu terpaksa dipikul mereka kerana tiada akses kenderaan untuk ke perkampungan terlibat.
Malah keadaan lebih mencabar aoabila rumah penduduk dibina agak jauh antara satu sama lain dan hujan yang melanda pantai barat Sabah sejak dua hari lalu menjadikan laluan lebih bahaya dan licin.
Ramai penduduk di kawasan pedalaman Penampang tidak dapat ke pekan atau kedai runcit berhampiran susulan penguatkuasaan PKP. – 3 April, 2020.
Pekerja bantuan yang menghantar bekalan makanan kepada perkampungan di pedalaman Penampang berdepan cabaran sukar kerana terpaksa menempuh laluan yang mencabar.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Abd Majid, 3 April, 2020.Eddi Sone Joikol mengetuai kumpulan pekerja bantuan melintasi jambatan gantung untuk menyeberang sungai di Sabah.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Abd Majid, 3 April, 2020. Pekerja bantuan berhenti dan berbincang sesama mereka sebelum meneruskan perjalanan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Abd Majid, 3 April, 2020. Sesetengah rumah di Sabah terletak di puncak bukit, menyebabkan tugas penghantaran bekalan makanan semakin sukar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Abd Majid, 3 April, 2020. Pekerja menyampaikan bantuan bekalan makanan seperti beras, minyak masak, gula, garam dan tepung gandum yang disumbangkan oleh kerajaan negeri di Penampang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Abd Majid, 3 April, 2020. Penduduk membina rumah mereka jauh antara satu sama lain di kawasan berbukit di pedalaman Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Abd Majid, 3 April, 2020. Seorang wanita dan anak lelakinya gembira selepas menerima bantuan bekalan makanan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 3 April, 2020. Pekerja bantuan menyediakan bekalan makanan seperti beras, gula, garam, minyak masak dan tepung gandum untuk diagihkan kepada penduduk. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Abd Majid, 3 April, 2020. Bakul tradisional yang dipanggil "wakid" yang menjadi kebiasaan dalam budaya Kadazan. Ia digunakan oleh penduduk kampung untuk membawa barangan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Abd Majid, 3 April, 2020. Kebanyakan penduduk Penampang yang tinggal di kawasan pedalaman sukar untuk ke pekan atau kedai runcit terdekat bagi mendapatkan bekalan makanan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Abd Majid, 3 April, 2020.Pekerja bantuan menyeberangi sungai dengan jambatan gantung untuk membawa bekalan makanan kepada penduduk di pedalaman Penampang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Abd Majid, 3 April, 2020. Kebanyakan penduduk masih menggunakan "wakid", iaitu bakul yang diperbuat daripada buluh yang menjadi tradisi etnik Kadazan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Abd Majid, 3 April, 2020.
Komen