KETIKA Malaysia memasuki fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengekang penyebaran koronavirus, rakyat di seluruh negara mengasingkan diri dan mengamalkan penjarakan sosial.
Beberapa langkah telah diambil kerajaan bagi tujuan itu termasuk menutup perniagaan tidak penting dan masyarakat diwajibkan tinggal di kediaman masing-masing sekaligus menjadikan Kuala Lumpur sunyi sepi.
Kebanyakan mercu tanda dan lokasi tumpuan kini lengang. Lebuh raya terus lengang, masjid, sekolah dan restoran juga kosong.
Pusat membeli belah yang kosong serta tren yang kurang penumpang kini menjadi pemandangan biasa. Beberapa pejalan kaki dan pelancong dilihat mengenakan topeng muka.
Peningkatan jumlah kes jangkitan di negara ini memaksa kerajaan melanjutkan perintah kawalan pergerakan sehingga 14 April dan ramai yang percaya tempoh itu akan terus dilanjutkan. – 1 April, 2020.
Malaysia kini melalui Perintah Kawalan Pergerakan serta sekatan perjalanan ke luar negara. Kuala Lumpur yang merupakan antara lokasi tumpuan pelancong kini lengang susulan penguatkuasaan itu.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 April, 2020. Bas ekspres yang menawarkan perkhidmatan ke pelbagai lokasi di seluruh negara turut membatalkan jadual perjalanan susulan penguatkuasaan kawalan pergerakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 April, 2020. Hari ke-12 penguatkuasaan kawalan pergerakan menyaksikan Jalan Pudu di ibu negara turut lengang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 April, 2020. Kerusi tersusun di sebuah restoran yang tiada pelanggan susulan kawalan pergerakan. Kebanyakan restoran dibenarkan beroperasi dengan menyediakan penghantaran dan bungkus sahaja.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 April, 2020. The Coliseum yang merupakan salah satu pawagam tertua di negara ini ditutup sementara berikutan wabak Covid-19.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 April, 2020. Masjid Negara, Kuala Lumpur turut lengang kerana pelaksanaan kawalan pergerakan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 April, 2020. Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur yang biasanya sesak kini sepi tanpa pengunjung. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 April, 2020. Salah satu jalan yang paling sibuk terutama ketika bulan Ramadan, Jalan Tuanku Abdul Rahman kini lengang selepas kerajaan menguatkuasakan kawalan pergerakan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 April, 2020. Perkhidmatan pengangkutan awam dihadkan operasi sepanjang tempoh kawalan pergerakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 April, 2020. Keadaan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang sunyi tanpa pengunjung.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 April, 2020. Perkhidmatan dobi di Bangsar yang kosong berikutan penguatkuasaan kawalan pergerakan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 April, 2020. Peningkatan jumlah kes koronavirus di Malaysia menyebabkan peritah kawalan pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April. Ramai yang menjangkakan tempoh kawalan pergerakan itu akan dilanjutkan lagi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 April, 2020.
Komen