Kehidupan di Flat PKNS
Nazir Sufari
Dikemas kini 6 tahun yang lalu ·
Diterbitkan pada 16 Nov 2017 11:00AM ·
SEJAK dibina pada 1969, sehingga empat generasi telah mendiami 270 flat di tujuh blok Flat PKNS di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Flat ini dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang juga dikenali sebagai Flat Kg Padang atau Flat Merah.
Permintaan untuk flat itu adalah sangat tinggi disebabkan kedudukannya yang berdekatan dengan Kampung Baru, berseberangan dengan menara berkembar tertinggi di dunia - Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Tanah kawasan flat yang bernilai tersebut telah diperuntukkan untuk projek perumahan terbaru yang dicadangkan Perbadanan Kampung Baru, yang mengendalikan penempatan Melayu.
Kini, penduduk terbahagi kepada mereka yang enggan menerima pampasan yang ditawarkan dan yang bersetuju terhadap rancangan untuk dipindahkan ke penempatan yang lebih maju. – 16 November, 2017.
Badan-badan amal kadang-kadang datang ke kawasan flat tersebut untuk mengedarkan sumbangan kepada yang memerlukan. Permintaan terhadap flat ini adalah tinggi kerana iaberhampiran dengan Kg Baru, di seberang Menara Berkembar Petronas (KLCC). - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 November, 2017.
Seorang budak lelaki menggunakan payung untuk mengambil pakaian daripada ampaian di sepanjang kaki lima flat PKNS Jalan Tun Razak. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 November, 2017.
Penduduk flat menikmati pemandangan dari kaki lima. Flat yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu juga dikenali sebagai Flat Kampung Padang (Flat Merah). - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 November, 2017.
Seorang budak lelaki menangis setelah kehilangan telefonnya ketika bermain dengan rakan-rakannya di flat PKNS di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 November, 2017.
Dua budak lelaki menunjukkan aksi ‘wheelie’ di flat PKNS di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Mereka adalah penduduk generasi ketiga di flat itu. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 November, 2017.
Seorang lelaki mengutip bahan-bahan yang boeh dikitar semula seperti kotak, plastik dan barang lain daripada tempat pembuangan sampah berdekatan flat PKNS di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 November, 2017.
Penduduk bergegas untuk menunaikan solat di sebuah surau. Sehingga empat generasi telah tinggal di 270 flat di tujuh blok flat PKNS di Jalan Tun Razak sejak ia dibina pada 1969. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 November, 2017.
Sebuah kedai runcit yang terletak di hadapan flat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 November, 2017.
Penduduk menikmati minuman di sebuah gerai di belakang flat pada waktu malam. Selalunya, mereka berbincang mengenai kehidupan seharian dan isu yang dihadapi oleh kejiranan tersebut. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 November, 2017.
Sebuah keluarga menonton televisyen di ruang tamu flat mereka. Keluarga di sini bersesak di dalam flat yang mempunyai sebuah bilik. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 November, 2017.
Seorang penjual roti dikelilingi kanak-kanak flat PKNS di Jalan Tun Razak. Dia tiba pada waktu petang dan meluangkan masa 20 minit di flat tersebut sebelum menuju ke tempat lain. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 November, 2017.
Abang Sam, 55, membersihkan lorong belakang flat PKNS. Dia adalah penduduk generasi kedua di flat tersebut. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 November, 2017.
Seorang wanita menjemur pakaian di tingkat bawah flat. Sekali pandang, pakaian yang dijemur menunjukkan bilangan kasar anggota keluarga yang tinggal di dalam sebuah flat. Ada yang mempunyai dua keluarga di dalam satu flat. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 November, 2017.
Pelajar sekolah menggunakan tangga untuk naik ke rumah mereka di tingkat tiga disebabkan tiada kemudahan lif. Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 November, 2017.
Sebuah van sekolah menurunkan pelajar di flat tersebut. Kebanyakan mereka adalah pelajar di Sekolah Jalan Gurney dan Sekolah Kebangsaan Kg Baru. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 November, 2017.
Daftar atau log masuk di sini untuk komen.
Komen