KERAJAAN mengarahkan semua perhimpunan, termasuk pertemuan antarbaangsa, acara sukan dan program keagamaan, ditangguhkan atau dibatalkan sehingga 30 April bagi mengelak penularan Covid-19.
Perniagaan di semua peringkat sudah pun terjejas teruk akibat koronavirus itu.
Semalam, 41 kes baharu disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, jumlah kes sehari paling besar setakat ini. – 15 Mac, 2020.
Pemandangan jarang dilihat apabila Leboh Pasar di Kuala Lumpur lengang seperti ini pada hujung minggu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 Mac, 2020.Penumpang LRT di Kuala Lumpur memakai topeng muka sebagai langkah pencegahan jangkitan Covid-19. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 Mac, 2020.Pengunjung di KLCC dilihat memakai topeng muka ketika menaiki lif di KLCC, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 Mac, 2020.Penunggang motosikal menunggang di jalan yang lengang di depan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, hujung minggu lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 Mac, 2020.Seorang pekerja pembersihan membersihkan eskalator di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 Mac, 2020.Restoran di pusat beli-belah Kuala Lumpur kosong apabila orang ramai bertindak menjauhi kawasan umum kerana takut penularan koronavirus. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 Mac, 2020.Hanya mereka berdua saja kelihatan di jambatan pejalan kaki berhampiran pusat beli-belah Pavilion di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 Mac, 2020.Sekumpulan promoter memakai topeng muka kelihatan di pusat beli-belah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 Mac, 2020.Pengunjung di KLCC memakai topeng mula bagi mencegah dijangkiti Covid-19. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 Mac, 2020.Kebanyakan yang datang ke KLCC dilihat memakai topeng muka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 Mac, 2020.Topeng muka digunakan sebagai antara usaha mencegah penularan dan jangkitan Covid-19. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 Mac, 2020.Ahli kumpulan tabligh solat di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur. Kes Covid-19 dikesan di masjid itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 Mac, 2020.
Komen