KIRA-KIRA 50 hektar dari Hutan Simpan Kuala Langat musnah dalam satu kebakaran, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor.
Setakat ini anggota bomba telah memadam hampir 50% kebakaran bagi mengawal api dari merebak.
Kebakaran hutan gambut itu berlaku sekurang-kurangya lima hari sebelum dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor pada 28 Februari.
Tanah gambut terbentuk dari bahan organik terkumpul yang diperoleh dari tumbuhan mati dan larut dalam air.
Bagaimanapun pada musim kering tanah gambut mudah menangkap api dan sukar dihentikan apabila ia merebak melalui lapisan gambut bawah tanah.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menghantar 93 anggota dan 59 dari agensi lain bagi mengawal kebakaran yang mengambil masa 10 hari.
Hutan gambut amat penting untuk alam sekitar kerana ia berfungsi sebagai sink karbon.
Hutan Simpan Kuala Langat juga mempunyai ekosistem tanah lembab yang unik menyokong spesies flora dan fauna yang jarang berlaku secara biologi dan sumber air tawar. – 4 Mac, 2020.
Seksyen 27 hutan simpan adalah kawasan yang paling teruk terjejas. Seluas 10 hektar kawasan hutan terbakar akibat api marak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Mac, 2020.Pegawai Jabatan Perhutanan memeriksa peta ketika melakukan tinjauan di hutan Kuala Langat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Mac, 2020.Anggota bomba cuba memadam kebakaran yang memusnahkan 50 hektar hutan di Kuala Langat, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Mac, 2020.Seorang anggota bomba menarik hos air ke kawasan yang terjejas oleh kebakaran gambut di Kuala Langat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Mac, 2020.Sebuah lori yang diletakkan di tepi Hutan Simpan Kuala Langat turut terbakar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Mac, 2020.Sarang burung yang terselamat dari api yang memusnahkan Hutan Simpan Kuala Langat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Mac, 2020.Anggota bomba mengepam air dari terusan yang juga berfungsi sebagai penghadang api di Hutan Simpan Kuala Langat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Mac, 2020.Pegawai jabatan bomba menyerahkan tugas sebelum masuk ke kawasan hutan yang terjejas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Mac, 2020.Seorang anggota bomba memadam api di tanah gambut di ladang buah naga di pinggir Hutan Simpan Kuala Langat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Mac, 2020.Anggota bomba di dalam trak menuju ke pusat arahan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Mac, 2020.Kawasan hutan simpan diliputi asap ketika kebakaran berlaku. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Mac, 2020.
Komen