Tanah ini, tanah kami.


Nazir Sufari

ORANG Asli Kuala Langat, Selangor mendakwa kerajaan negeri menceroboh tanah mereka untuk mengeluarkan 930 hektar dari kawasan Hutan Simpan (Utara) Kuala Langat bagi tujuan pembangunan.

Tok Batin kawasan itu Rahman Pahat berkata masyarakat Orang Asli Temuan mempunyai bukti jelas perjanjian hitam putih yang dibuat pada tahun 1927 menunjukkan tanah itu milik mereka.

Bagaimanapun perkara itu ditolak oleh pejabat daerah yang memberitahu terdapat pertindihan tanah milik Orang Asli dan kerajaan negeri.

Pada 5 Februari Jabatan Perhutanan Selangor telah membuat notis di pihak media yang mengundang pihak berkepentingan di Kuala Langat untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap cadangan itu dalam masa 30 hari.

Hutan simpan itu bersempadan dengan Lebuhraya Elite dan Cyberjaya.

Tetapi bagi masyarakat Orang Asli di sini kehilangan tanah bukan sahaja hilang cara hidup mereka tetapi identiti mereka sebagai Orang Asli, untuk diri sendiri dan untuk generasi akan datang. – 20 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen