PELUMBA pilihan Max Walscheid daripada NTT Pro Cycling Team akhirnya menepati ramalan menjadi pencabar utama kejohanan apabila menang peringkat ketiga Petronas Le Tour de Langkawi 2020 di Kuala Lumpur hari ini.
Pelumba Jerman berusia 26 tahun itu memulakan pertandingan dengan cemerlang di Kota Kinabalu pada Khamis lalu, tetapi dikejutkan dengan kejayaan pelumba muda Australia Taj Jones pada peringkat kedua di Kerteh semalam.
Beliau bagaimanapun tidak mengulangi kesilapan sama hari ini.
Kejayaan itu juga membolehkan Walscheid meraih 34 mata, jauh meninggalkan Yevgeniv Fedorov daripada pasukan Vino-Astana Motors dengan 21 mata. Pelumba Turki Ahmet Orken daripada pasukan Sapura Cycling pula berada di tempat ketiga.
Peringkat keempat esok diramal jadi pertempuran sengit dengan titik penamat di Genting Highlands dalam kayuhan sepanjang 156.1km bermula di Putrajaya. – 9 Februari, 2020.
Kumpulan pelumba melintasi mercu tanda Malaysia, Menara Berkembar Petronas pada peringkat ketiga Le Tour de Langkawi 2020 di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Februari, 2020.Kumpulan pelumba pada peringkat ketiga Le Tour de Langkawi 2020 di Temerloh, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Februari, 2020.Danilo Celano daripada pasukan Sapura Cycling menggunakan tandas awam pada peringkat ketiga Le Tour de Langkawi 2020 di Temerloh, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Februari, 2020.Simone Bevilacqua daripada pasukan Vini Zabu' Ktm pada peringkat ketiga Le Tour de Langkawi 2020 di Temerloh, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Februari, 2020.Ahmet Orken daripada pasukan Sapura Cycling pada peringkat ketiga Le Tour de Langkawi 2020 di Temerloh, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Februari, 2020.Kumpulan pelumba pada peringkat ketiga Le Tour de Langkawi 2020 di Temerloh, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Februari, 2020.Kumpulan pelumba pada peringkat ketiga Le Tour de Langkawi 2020 di Temerloh, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Februari, 2020.Alessandro Monaco(23) daripada pasukan Bardiani Csf Faizane pada peringkat ketiga Le Tour de Langkawi 2020 di Temerloh, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Februari, 2020.Pasukan Vino-Astana Motors melindungi pelumba jersi kuning mereka, Yevgeniy Fedorov, pada peringkat ketiga Le Tour de Langkawi 2020 di Temerloh, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Februari, 2020.Maximilian Richard Walscheid daripada pasukan NTT Pro Cycling meraikan kejayaan menang peringkat ketiga Le Tour de Langkawi 2020 di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Februari, 2020.Maximilian Richard Walscheid daripada pasukan NTT Pro Cycling diraikan rakan sepasukannya selepas menang peringkat ketiga Le Tour de Langkawi 2020 di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Februari, 2020.Maximilian Richard Walscheid daripada pasukan NTT Pro Cycling (jersi hijau), Yevgeniy Fedorov daripada Vino - Astana Motors (jersi kuning) dan Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff daripada pasukan Sapura Cycling (jersi merah) meraikan kejayaan memenangi peringkat ketiga Le Tour de Langkawi 2020 di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Februari, 2020.
Komen