PELUMBA dari Kazakhstan, Yevgeniy Fedorov mencipta kejutan untuk pasukan Vino-Astana Motors apabila menang peringkat pertama Petronas Le Tour de Langkawi 2020 di Kuching, Sarawak hari ini.
Fedorov, 19, menang bergaya dalam pertembungan dengan juara dua kali pertandingan, pelumba Thailand Thurakit Boonratanathanakorn. Kedua-dua pelumba bersaing rapat dalam laluan sepanjang 85.6 km di tengah bandar Kuching.
Esok, Petronas Le Tour de Langkawi 2020 akan memasuki peringkat kedua di Kuala Terengganu, meliputi jarak 175.5 km dari Kuala Terengganu ke Kerteh, laluan landai dengan tiga kawasan pecutan di Chendering (KM21.8), Rantau Abang (KM73) dan Bandar Al Muktafi Billah Shah (KM135.8) dengan pecutan terakhir dijangka akan berlaku di garisan penamat di Bandar Baharu Kerteh. – 7 Februari, 2020.
Yevgeniy Fedorov, pelumba Vino - Astana Motors meraikan kejayaan selepas menang peringkat pertama Le Tour de Langkawi di Kuching, Sarawak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 7 Februari, 2020.Ahmet Orken pelumba pasukan Sapura Cycling meraikan kejayaan selepas menang tempat ketiga pada peringkat pertama Le Tour de Langkawi di Kuching, Sarawak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 7 Februari, 2020.Kumpulan pelumba berbasikal di belakang kereta marshal pertandingan pada peringkat pertama Le Tour de Langkawi di Kuching, Sarawak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 7 Februari, 2020.Pelumba melintasi Muzium Sejarah Cina pada peringkat pertama Le Tour de Langkawi di Kuching, Sarawak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 7 Februari, 2020.Pelumba melintasi mural gergasi burung enggang peringkat pertama Le Tour de Langkawi di Kuching, Sarawak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 7 Februari, 2020.Nariyuki Masuda, pelumba Utsunomiya Blitzen cedera selepas terjatuh pada peringkat pertama Le Tour de Langkawi di Kuching, Sarawak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 7 Februari, 2020.Mattia Viel, pelumba Androni Giocattoli - Sidermec mengayuh basikalnya sebelum bermulanya peringkat pertama Le Tour de Langkawi di Kuching, Sarawak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 7 Februari, 2020.Pelumba melintasi mural gergasi suku kaum Sarawak pada peringkat pertama Le Tour de Langkawi di Kuching, Sarawak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 7 Februari, 2020.Mohd Harrif Saleh, pelumba Terengganu Inc. Tsg Cycling Team disembur air selepas mengakhiri peringkat pertama Le Tour de Langkawi di Kuching, Sarawak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 7 Februari, 2020.
Komen