Foto: Jumlah mangsa banjir catat penurunan di Pulau Pinang dan Kedah


Najjua Zulkefli

BILANGAN mangsa banjir yang dipindahkan di pusat pemindahan banjir di lima daerah Pulau Pinang menurun kepada 5,478 orang berbanding 5,845 pagi ini. 

Jurucakap bilik gerakan polis berkata daerah Seberang Perai Utara merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 2,922 orang dipindahkan di 28 pusat pemindahan diikuti dengan Seberang Perai Tengah dengan 1,933 orang di 25 pusat pemindahan.

Kebanyakan kawasan di Pulau Pinang akibat banjir, dengan beberapa kawasan mencatatkan paras air pada 0.2 meter hingga 1 meter, diikuti dengan angin kencang dan hujan lebat sejak Jumaat lalu yang turut menyebabkan pokok tumbang. 

Bencana itu disifatkan sebagai yang terburuk dalan sejarah negeri berkenaan mengorbankan tujuh nyawa. – 6 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen