KEMARAU melanda Kedah dan Perlis menyebabkan hampir 4,000 orang pesawah di Kubang Pasu dan Padang Besar berdepan kesukaran mengairi bendang kerana ketiadaan air.
Mada berkata musim menanam padi selalunya bergantung kepada hujan lebat dibawa monson timur laut, tetapi tahun ini, jumlah hujan turun berkurangan mendadak berbanding purata tahunan sejak 40 tahun lepas.
“Keadaan cuaca di kawasan Muda berada dalam keadaan agak kering di mana kadar turunan hujan direkodkan adalah kurang bermula akhir November 2019 sehingga kini iaitu sebanyak 1,645mm berbanding pada tahun 2018, turunan hujan lebih tinggi iaitu sebanyak 2,036mm.”
Situasi itu juga menyebabkan tahap air di tiga empangan utama iaitu Pedu, Muda dan Ahning yang membekalkan air kepada kediaman, bangunan komersial dan sawah di Kedah dan Perlis berkurangan. – 28 Januari, 2020.
Seorang lelaki bermotosikal di bawah bahang mentari di jalan yang sepanjangnya pokok kering kerana kemarau di Kuala Perlis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Januari, 2020.Sebuah kolam di tengah-tengah bendang di Kuala Perlis, Perlis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Januari, 2020.Sekawan kerbau berkubang di Chuping, Perlis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Januari, 2020.Seorang lelaki menjala di Empangan Timah Tasoh, Kaki Bukit, Perlis, selepas tahap air empangan itu jatuh mendadak kerana kemarau. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Januari, 2020.Seorang penoreh getang bekerja di ladangnya di Kok Klang, Perlis. Daun pokok getah bertukar kekuningan sebelum luruh kerana kemarau. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Januari, 2020.Sebuah bot memancing dalam perjalanan pulang ke jeti di Empangan Muda, di Sik, Kedah. Tahap air empangan kini tinggal 11% daripada kapisiti penuh. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Januari, 2020.Sekumpulan wanita mengumpul lokan dan kepah di Empangan Timah Tasoh, Kaki Bukit, Perlis yang kini semakin kering. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Januari, 2020.Tanah bendang merekah kerana kemarau di Kuala Perlis, Perlis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Januari, 2020.Seorang remaja berehat di Empangan Muda di Sik, Kedah yang kini surut airnya kerana kemarau. Empangan itu disiapkan pada 1969 membekalkan air mentah untuk Pulau Pinang, Kedah termasuklah Langkawi dan Perlis, ia juga mengairi 100,685 hektar bendang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Januari, 2020.Seorang lelaki mengepam air dari sungai ke bendangnya di Arau, Perlis selepas hujan tidak turun sejak akhir November lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Januari, 2020.Kemarau juga menyebabkan kebakaran hutan di Pokok Sena, Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Januari, 2020.Pokok yang tenggelam ketika Empangan Pedu dibanjirkan pada 1969 di Kuala Nerang, Kedah kembali dapat dilihat kerana kemarau. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Januari, 2020.
Komen