Potret anak-anak kita
Nazir Sufari
Dikemas kini 6 tahun yang lalu ·
Diterbitkan pada 3 Nov 2017 1:37PM ·
ESEI foto ini merakamkan potret sebahagian daripada anak-anak kita, generasi muda penyambung warisan. Inilah potret bakal jurutera, doktor, jururawat, tentera, polis malah tukang masak dan penari.
Kepada merekalah akan kita serahkan tanah air ini—dengan segala baik dan buruknya, kelebihan dan kekurangannya.
Pada merekalah tergantung harapan untuk mengangkat darjat dan martabat bumi bertuah ini jadi lebih mulia dan dihormati di persada dunia.
Anak-anak berumur enam tahun ini adalah sebahagian daripada murid tadika di Tadika Kemas Sungai Itau dan Tadika Kemas Kampung Pasir Hitam di Langkawi, Kedah. Mereka adalah bakal pemimpin kita yang akan membangunkan dan mentadbir negara. – 3 November, 2017.
Nama saya Irien Liyana Qasrina Muhd Shamsuddin. Saya mahu menjadi doktor. Saya mahu membantu orang yang miskin dan memerlukan. Saya ingin jadi seorang yang berjaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 November, 2017.
Nama saya Mohd Izzat Rasman. Saya bercita-cita menjadi pegawai tentera laut. Saya mahu melindungi dan mempertahankan negara daripada musuh. Saya juga suka memerhatikan laut dan melindungi alam sekitar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 November, 2017.
Nama saya Nur Qaseh Amani Mohd Zaizi. Saya mahu menjadi doktor. Saya ingin membantu dan merawat orang sakit. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 November, 2017.
Nama saya Nur Damia Marissa Mohd Ridzuan. Saya mahu menjadi atlet renang. Saya mahu jadi perenang terbaik dunia dan membanggakan Malaysia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 November, 2017.
Nama saya Nur Alya Damia Muhammad Hadi. Saya mahu menjadi seorang chef. Saya suka memasak dan membantu ibu saya di dapur. Saya mahu menjadi MasterChef dunia dan menetapkan satu standard dalam masakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 November, 2017.
Nama saya Nur Aina Umairah Khairizam. Saya mahu menjadi pegawai polis. Saya ingin melindungi dan mempertahankan negara daripada orang jahat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 November, 2017.
Nama saya Nurul Deayana Abdul Hamid. Saya mahu menjadi pramugari. Saya ingin mengembara ke seluruh dunia. Saya suka melihat pakaian seragam pramugari yang sangat cantik. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 November, 2017.
Nama saya Muhammad Ammar Qayyum Khairil Aswad. Saya mahu menjadi bomba. Saya mahu membantu negara. Saya mahu jadi orang berjaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 November, 2017.
Nama saya Irfan Solihin Mohd Najib. Saya mahu menjadi jurutera atau bomba. Saya ingin membantu membangunkan dan memodenkan negara. Saya mahu jadi orang yang berjaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 November, 2017.
Nama saya Mia Zara Naziha Suhairi. Saya mahu menjadi jururawat. Saya suka membantu orang sakit. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 November, 2017.
Nama saya Puteri Nur Khairunnisa Bakeri. Saya mahu menjadi penari tradisional. Saya mahu mengekalkan budaya Malaysia dan mempersembahkan kepada dunia tradisi dan warisan kita.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 November, 2017.
Daftar atau log masuk di sini untuk komen.
Komen