SABAH amat dikenali dengan keunikannya menyambut festival perayaan, makanan dan tradisi.
Hal ini dibuktikan dengan sambutan Krismas.
Di Sabah, Krismas merupakan sambutan yang melambangkan kebudayaan dan warisan negeri selain menjadi simbol keharmonian dan solidariti antara pelbagai kaum dan agama di negeri itu.
Budaya bertukar hadiah antara penduduk Sabah merupakan usaha untuk mencontohi sifat pemurah Tuhan.
Namun tahun ini, kegembiraan menyambut Krismas menjadi lebih bermakna apabila Kerajaan Negeri mengumumkan 24 Disember sebagai cuti umum tambahan sebelum sambutan Krismas pada 25 Disember.
Sabah merupakan negeri kedua yang mempunyai penganut Kristian selepas Sarawak dengan anggaran 3.9 juta penduduk yang menganuti agama itu. – 24 Disember, 2019.
Rosalita Fiel (tengah), bersama cucu perempuannya membungkus hadiah bagi menyambut Hari Krismas di Tamparuli, Sabah hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 24 Disember, 2019.Narul Andau (kiri), 70, menyambut Krisam bersama keluarganya di Tamparuli, Sabah hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 24 Disember, 2019.Sebuah keluarga yang terdiri daripada penganut Kristian dan Islam bergambar bersama di rumah mereka di Tamparuli, Sabah hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 24 Disember, 2019.Sambutan Krismas di Sabah mempamerkan warisan dan kebudayaan negeri selain menjadi simbol keharmonian dan solidariti pelbagai kaum dan agama di negeri itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 24 Disember, 2019.Penduduk Sabah membeli hadiah untuk sambutan Krismas di Kota Kinabalu, Sabah hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 24 Disember, 2019.Kerajaan Sabah mengumumkan cuti umum dua hari untuk sambutan Hari Krismas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 24 Disember, 2019.Rakyat Sabah bergembira dengan pengumuman Kerajaan Negeri bahawa 24 Disember diisytiharkan cuti umum bagi menyambut Hari Krismas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 24 Disember, 2019.Kanak-kanak membuat persembahan pada sambutan Krismas di Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 24 Disember, 2019.Penduduk Sabah bertukar hadiah pada sambutan Krismas sebagai simbol sifat pemurah Tuhan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 24 Disember, 2019.
Komen