JURUGAMBAR David ST Loh mengambil peluang menyusuri jalan-jalan di George Town, Pulau Pinang sambil merakam suasana yang semakin hilang dari negara ini.
Selari dengan pembangunan negara, banyak kedai-kedai lama yang diwarisi turun temurun dari generasi sebelum ini digantikan dengan premis perniagaan moden. Francais dan syarikat besar kini dilihat mengambil alih ruang komersil di Malaysia yang sebelum ini diwarnai oleh kedai makan dan kedai runcit yang diuruskan oleh sesebuah keluarga secara turun temurun.
Kedai-kedai tradisi ini memiliki keunikannya tersendiri tidak seperti premis perniagaan besar yang lain, yang beroperasi dari satu lokasi yang biasanya hanya ruang kecil dan mereka tidak mampu bersaing dengan perniagaan baru yang mampu meraih keuntungan besar.
Tambahan pula, kebanyakan pemilik kedai unik ini, kini berusia 70an dan 80an, dan semakin tua untuk meneruskan perniagaan. Anak-anak mereka pula diharapkan menjadi pewaris perniagaan keluarga itu.
Ianya satu “nostalgia” yang membawa kita ke masa lalu, menggamit memori kenangan atau zaman kanak-kanak yang mungkin akan luput dengan arus pembangunan yang tidak mampu kita kawal. – 23 Oktober, 2017.
Penjual roti menunggu pelanggan di luar pasar Chowrasta di Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Oktober, 2017.Pakar anyaman Yin, menganyam kerusi di kedainya di Jalan Armenian di Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Oktober, 2017.Peniaga mengeluarkan colok untuk pelanggan di kedainya di Kuil Kuan Yin, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Oktober, 2017.Dua sahabat menikmati kopi dan teh di sebuah kopitiam di Jalan Pitt Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Oktober, 2017.Sekumpulan pengunjung menikmati hidangan mi di kaki lima di Jalan Kimberley, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Oktober, 2017.Peniaga warga emas bersiap untuk memulakan perniagaannya di pasar Chowrasta, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Oktober, 2017.Pelancong dari Indonesia merakam gambar kenangan ketika mengunjungi Kuil Poh Hock Seah Tua Peh Kong di Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Oktober, 2017.Seorang lelaki duduk di sebuah kedai tukang besi di Jalan Chulia, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Oktober, 2017. Peniaga buah-buahan menyusun buah epal di kedai buah-buahan berhampiran pasar Chowrasta, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Oktober, 2017.Penjual rokok menunggu pelanggan di Little India, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Oktober, 2017.Seorang lelaki berehat di ruang tamu yang juga kedainya berhampiran pasar Chowrasta. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Oktober, 2017.Peniaga gerai menjual Koay Teow Thing itik menyediakan semangkuk mi kepada pelanggannya di Lorong Ngah Aboo, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Oktober, 2017.Tukang emas sedang bekerja di gerainya di luar sebuah kedai emas di Little India, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Oktober, 2017.Seorang peniaga menerima wang daripada pelanggan di kedainya di luar pasar Chowrasta, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Oktober, 2017.
Komen