PERKAMPUNGAN air yang dikenali sebagai Kampung Kukup Laut wujud sejak hampir 120 tahun lalu di Kukup, Johor.
Tetapi ratusan penduduknya, yang sesetengahnya sudah tinggal di situ sejak lebih enam generasi, menyaksikan perkembangan pesat daripada rumah kayu dinaik taraf menjadi dua tingkat.
Kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan kehidupan di laut menjadikan mereka mudah menyesuaikan diri.
Kampung ini terletak bersebelahan terminal feri Kukup dan menjadi lokasi tarikan pelancong yang popular, dengan ramai penduduk setempat membuat inap desa bagi memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri kehidupan perkampungan air.
Kampung ini juga berdekatan dengan Pulau Kukup, tapak warisan dunia yang terkenal dengan hutan bakau dan taman negara.
Penduduknya optimis terhadap masa depan dan menantikan pembangunan yang lebih teratur dan sesuai untuk mengekalkan keunikan perkampungan air ini. – 6 November, 2019.
Suasana perkampungan air di Kampung Kukup Laut di Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 November, 2019.
Seorang lelaki menaiki basikal melintasi sebuah kuil di Kampung Kukup Laut, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 November, 2019.
Tan Seng Wong atau lebih dikenali sebagai Botak memotong pokok di Kampung Kukup Laut, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 November, 2019.
Seorang wanita berjalan melalui jambatan usang di perkampungan air di Kampung Kukup Laut, Tanjung Piai, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 November, 2019.
Seorang wanita menyediakan air kelapa di luar rumahnya di Kampung Kukup Laut di Tanjung Piai, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 November, 2019.
Seorang mekanik meninggalkan bengkelnya di Kampung Kukup Laut di Tanjung Piai, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 November, 2019.
Seorang kanak-kanak melompat keluar dari beranda rumahnya di Kampung Kukup Laut di Tanjung Piai, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 November, 2019.
Sebuah keluarga membeli aiskrim di Kampung Kukup Laut, Tanjung Piai, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 November, 2019.
Seorang penduduk tempatan menunggang basikal melintasi pelancong di Kampung Kukup Laut di Tanjung Piai, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 November, 2019.
Aktiviti memancing di jeti di Kampung Kukup Laut di Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 November, 2019.
Beberapa wanita menyaksikan matahari terbenam di perkampungan air di Kampung Kukup Laut, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 November, 2019.
Komen