NEGERI Terengganu sememangnya terkenal dengan kekayaan hasil lautnya yang menjadi salah satu sumbeer pendapatan utama bagi nelayan di negeri ini.
Kebanyakan mereka akan keluar seawal jam 5 pagi meredah ombak laut untuk menangkap ikan sebelum kembali semula ke daratan pada lewat petang.
Kebanyakan hasil laut ini dipunggah ke jeti nelayan sebelum ia dibawa ke pasar-pasar utama di seluruh negara.
Selain itu, ada juga hasil laut seperti ikan, ketam, udang dan sotong ini dieksport ke luar negara. – 21 Oktober, 2017.
Sebuah bot nelatan kembali ke jeti Seberang Takir pada senja selepas seharian keluar ke laut di Kuala Terengganu, Terengganu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Oktober, 2017.Seekor burung terbang berhampiran bot ketika nelayan sedang bergerak ke lokasi lubuk ikan, 10 hingga 15 batu jauhnya dari perkampungan Seberang Takir di Kuala Terengganu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Oktober, 2017.Nelayan bersama tangkapan mereka selepas seharian di laut kira-kira 10 batu jauhnya dari jeti Seberang Takir. Sasaran mereka adalah memenuhkan tiga kotak kosong dengan ikan. Kadang-kadang sasaran itu tidak tercapai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Oktober, 2017.Selepas seharian di laut, nelayan kembali ke jeti Seberang Takir dengan hasil tangkapan mereka. Seorang nelayan membawa sebakul ikan di jeti Seberang Takir di Kuala Terengganu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Oktober, 2017.Seorang nelayan membawa minyak untuk botnya yang berlabuh di jeti Kuala Chendering, Terengganu. Untuk bot kecil seperti miliknya ini, ia tidak mampu bergerak jauh daripada pesisir pantai. Kos untuk sebuah tong diesel/petrol sekitar RM20. Selepas tolak kos operasi, kadang-kadang dia hanya memperolehi sekitar RM20 hingga RM30 selepas bekerja seharian di laut. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Oktober, 2017.Pelanggan menunggu ketibaan nelayan membawa ikan segar daripada bot di jeti Kuala Chendering, Terengganu. Ramai pelanggan membeli terus daripada nelayan kerana faktor harga dan kesegaran. Mereka boleh beli 1kg ikan kembung dengan harga RM5 hingga RM8. Berbeza di Kuala Lumpur yang harga untuk jenis ikan sama boleh cecah RM18 hingga RM20. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Oktober, 2017.Beberapa jenis ikan yang ditangkap nelayan. Ikan seperti kembung, tuna dan sardine adalah hasil tangkapan laut yang selalu wujud. Ia memberikan protein, nutrisi penting untuk manusia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Oktober, 2017.Selepas seminggu atau dua minggu di laut, nelayan kembali ke jeti Kuala Chendering dengan ikan segara. Untuk bot jenis C atau C2 mereka boleh dapat lebih 10 tan ikan jika mereka bertuah. Kos untuk jenis bot seperti ini termasuk 30 orang awak-awak, minyak, makanan dan ais boleh mencecah RM20,000 untuk sepanjang tempoh itu. RM15,000 lagi diperlukan untuk minyak dan RM3000 hingga RM4000 lagi untuk makanan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Oktober, 2017.Seorang peraih ikan (duduk berbaju biru) sedang mengira harga ikan yang dibelinya daripada nelayan di jeti Kuala Chendering, Terengganu. 20 tahun lalu, terdapat sehingga 50 peraih tetapi kini hanya 10 yang masih aktif di jeti. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Oktober, 2017.Seorang pembeli ikan (dua dari kanan) membayar salah seorang nelayan di jeti Kuala Chendering, Terengganu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Oktober, 2017.Seorang peraih di jeti Kuala Chendering mencari ikan untuk dijual. Seperti Muda Abdullah (kiri) yang sudah berusia 60-an, dia menjual ikan di Teluk Tok Ading. Dia membeli ikan seperti kembung dengan harga RM7 hingga RM8 sekila dan menjualnya kepada pelanggan pada harga RM10 hingga RM12 bergantung kepada musim. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Oktober, 2017.Pekerja menaikkan bakul berisi ikan ke dalam sebuah lori di jeti Seberang Takir, Kuala Terengganu dan bersiap sedia untuk membawa ikan segar itu ke lokasi seterusnya. Ada ikan yang ditempah restoran dan ada juga yang dieksport. Biasanya mereka akan menjual ikan kepada penduduk tempatan dahulu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Oktober, 2017.Sebuah lori sedia membawa ikan segar ke lokasi seterusnya di jeti Seberang Takir, Kuala Terengganu. Ada ikan yang sudah ditempah restoran dan ada juga yang dieksport. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Oktober, 2017.Seorang pelanggan membeli ikan di pasar basar Chow Kit, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Oktober, 2017.Seorang nelayan sedang membersihkan ikan sebelum dibawa ke rumah dan ada juga yang dibawa ke restoran berhampiran untuk dimasak dan dimakan sebagai juadah makan malam bersama-sama rakan-rakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Oktober, 2017.Nelayan bermain Dam Haji pada masa lapang mereka di jeti Kuala Chendering. Ada antara mereka menghabiskan masa seminggu hingga dua minggu di laut untuk menangkap ikan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Oktober, 2017.Seorang nelayan pulang ke jeti Kuala Chendering, Terengganu selepas seharian di laut menangkap ikan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Oktober, 2017.Nelayan sedang berehat di jeti Kuala Chendering, Terengganu tempat mereka melabuhkan kapal mereka apabila tidak ke laut. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Oktober, 2017.
Komen