KAMPONG Bharu, satu-satunya perkampungan Melayu di tengah-tengah hutan batu di Kuala Lumpur, saban hari menjadi tumpuan penduduk bandar raya sibuk itu.
Cukup terkenal sebagai lubuk makanan, semuanya ada di Kampong Bharu, dari sajian tempatan hinggalah ke sajian barat.
Menjelang malam, kenderaan berderet di bahu jalan di Kampong Bharu yang diterangi lampu neon dari gerai-gerai kecil. Alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Masjid Jamek pula kedengaran ketika penghuni kota raya menikmati juadah makan malam.
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad baru-baru ini berkata satu pengumuman terperinci berhubung pengambilan Kampong Bharu akan dilakukan di lobi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) esok.
Pada 6 Oktober, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata tanah di perkampungan Melayu itu akan dijual kepada agensi kerajaan, bukan kepada individu.
Agensi tersebut akan membantu pemilik tanah membangunkan Kampong Bharu tanpa mengabaikan ciri-ciri asal tanah Melayu di kawasan itu, kata perdana menteri.
Pada 21 September, Putrajaya mengumumkan tawaran harga RM850 setiap kaki persegi atau RM6 juta bagi lot 8,000 kaki persegi.
Bagaimanapun, kebanyakan pemilik tanah berkata tawaran itu terlalu rendah atas alasan Kampong Bharu terletak di kawasan strategik. – 23 Oktober, 2019.
Pemandangan Kampong Bharu berlatarbelakangkang bangunan pencakar langit yang megah berdiri. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 23 Oktober, 2019.Penduduk menghadiri majlis ceramah agama di Kampong Bharu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 23 Oktober, 2019.Suasana di sebuah gerai di Jalan Raja Musa, Kampong Bahru di awal pagi. Pelanggan membaca akhbar sambil menunggu makanan sampai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 23 Oktober, 2019.Seorang wanita dan anaknya di hadapan rumah mereka di Kampong Bharu berlatarbelakangkan bangunan Menara Berkembar Petronas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 23 Oktober, 2019.Seorang ibu mengayuh basikal sambil mengendong anak kecil di Kampong Bharu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 23 Oktober, 2019.Bangunan kondominium Setia Sky Residence megah berdiri di belakang sebuah rumah papan di Kampong Bharu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 23 Oktober, 2019.Pekerja di sebuah bangunan 44 tingkat, Legasi Kg Baru, yang sedang dalam binaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 23 Oktober, 2019.Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur dan Sungai Klang yang memisahkan Kampong Bharu dengan kawasan Segi Tiga Emas di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 23 Oktober, 2019.Kanak-kanak bermain bola sepak di Kelab Sultan Sulaiman dekat Kampong Bharu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 23 Oktober, 2019.Peniaga menaiki motosikal roda tiga pulang ke rumah selepas selesai berniaga. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 23 Oktober, 2019.Tukang masak menyediakan makanan di sebuah restoran yang menyajikan masakan selatan Thailand. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 23 Oktober, 2019.Tukang gunting rambut ini bermain telefon bimbit sementara menunggu pelanggan di kedainya di Kampong Bharu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 23 Oktober, 2019.Babu penjual roti di Kampogn Bharu. Motosikal yang sarat dengan bungkusan roti dan makanan ringan seperti ini semakin sukar dilihat di sekitar Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 23 Oktober, 2019.
Komen