SETAHUN sekali, Kota Belud menjadi tuan rumah kepada Tamu Besar yang mana masyarakat turut ke daerah ini untuk merasai kemeriahannya.
Tamu Besar merupakan tamu (pasar) terbesar di Sabah. Peniaga dari segenap pelusuk negeri untuk menjual barangan mereka dan turut mengetengahkan budaya Kota Belud yang berwarna warni.
Terletak 75 kilometer dari Kota Kinabalu iaitu di Kampung Siatai, pasar terbuka itu mula beroperasi seawal pukul 5 pagi yang mana pengunjung pasti dapat menyaksikan kepelbagaian budaya dari etnik seperti Bajau, Kadazandusun, Iranun, Cina dan lain-lain.
Berkunjung ke Tamu Kota Belud, mata pasti dihidangkan dengan pelbagai cenderamata, herba beraroma, makanan yang enak, tekstil di samping keriuhan suasana pasar. Sesetengah peniaga hanya meletakkan meja dan ada yang hanya menghamparkan plastik untuk mempamerkan barangan jualan mereka.
Peniaga biasanya terdiri daripada usahawan kecil, petani dan pemilik perniagaan kecil, membuka gerai mereka dan mempamerkan segala macam barangan segar, makanan dan kek serta barangan tradisional dan kraftangan yang dihasilkan mereka. – 17 Oktober, 2019.
Masyarakat Bajau di Kota Belud terkenal dengan hasil kraftangan yang berwarna warni.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Oktober, 2019.Penunggang kuda dari masyarakat Bajau mengenakan pakaian tradisi mereka ketika menunjukkan kemahiran mengendalikan haiwan tunggang itu.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Oktober, 2019. Seorang wanita dari etnik Bajau turut mempamerkan pakian tradisi mereka di Tamu Kota Belud.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Oktober, 2019. Tamu lebih dari sekadar pasar terbuka, selain hasil tempatan seperti buah-buahan, ikan dan sayuran, ia turut menawarkan pelbagai barangan import seperti beg tangan, bakul, tembakau, barangan elektronik dan lain-lain.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Oktober, 2019. Melawat Tamu Kota Belud merupakan pengalaman yang berwarna warni sebagaimana yang digambarkan pada hasil kraftangan yang dijual.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Oktober, 2019. Tamu Besar merupakan pasar terbuka yang terbesar diadakan di Sabah.Ia menjadi tumpuan peniaga untuk menjual barangan mereka.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Oktober, 2019. Ikan liking iaitu sejenis ikan kering merupakan salah satu makanan popular di Kota Belud. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Oktober, 2019. Parang Bajau yang dihasilkan menggunakan kaedah tradisi turut dijual di pasar ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Oktober, 2019. Kebanyaan peniaga hanya mempamerkan barangan jualan pada hamparan plastik.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Oktober, 2019. Setahun sekali, Tamu Besar Kota Belud akan dibanjiri ribuan pengunjung.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Oktober, 2019. Kebiasaannya peniaga di sini terdiri daripada usahawan kecil dan petani yang menjual sendiri hasil mereka di Tamu Besar Kota Belud.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Oktober, 2019.
Komen