KUMPULAN Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, syarikat akhbar yang bermula sejak akhir 1930-an, gulung tikar dan memberhentikan kira-kira 800 kakitangannya berkuat kuasa hujung bulan ini.
Berita penggulungan syarikat ini muncul sehari selepas Utusan membuat pengumuman melepaskan 70% pegangan dalam anak syarikatnya Dilof Sdn Bhd kepada Aurora Mulia Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan taikun Syed Mokhtar Albukhary.
Pengerusinya, Abdul Aziz Sheikh Fadzir mengumumkan lembaga pengarah urusan syarikat pada Isnin meluluskan cadangan penggulungan sukarela pemiutang.
Aziz juga memaklumkan Utusan menghentikan operasinya serta merta hari ini.
Utusan bermula pada 1939 di Singapura sebelum berpindah ke Kuala Lumpur pada 1959. Dua tahun kemudian, ia dimiliki oleh Umno, sehinggalah parti itu melepaskan sebahagian besar pegangan sahamnya kepada Aziz pada awal tahun ini.
Lebih 800 kakitangan Utusan keliru dengan pengumuman syarikat gulung tikar dan menghentikan operasi kerana pihak pengurusan tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai masa depan akhbarnya.
Mereka diminta mengemas tempat kerja, mengeluarkan barang peribadi dan mengembalikan semua aset syarikat kepada ketua jabatan sebelum 1 tengah hari tadi. – 9 Oktober, 2019.
Bangunan ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Bhd di Kuala Lumpur. Pengerusinya, Abdul Aziz Sheikh Fadzir hari ini mengumumkan syarikat itu gulung tikar dan memberhentikan kira-kira 800 kakitangannya berkuat kuasa hujung bulan ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2019.Seorang kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd
menahan sebak selepas syarikat akhbar itu diumumkan gulung tikar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2019.Jadual kerja jurugambar Utusan Melayu (Malaysia) Bhd di pejabat syarikat akhabr itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2019.Anak seorang kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sedang nyenyak tidur dalam kereta sorong bayi di pejabat syarikat akhbar itu di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2019.Kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd mengemas meja
dan mengeluarkan barangan mereka di ibu pejabat syarikat akhbar itu di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2019.Seorang kakitangan akhbar Kosmo membawa barangannya dari ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Bhd di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2019.Kakitangan mengemas barang peribadi mereka di ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Bhd di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2019.Seorang kakitangan wanita memunggah barang miliknya ke atas sebuah troli ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Bhd di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2019.Kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd meneliti satu persatu dokumen ketika mengemas meja mereka di ibu pejabat Utusan (Malaysia) Bhd di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2019.Salah seorang kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd memasukkan kertas ke dalam mesin pencincang kertas ketika mengemas mejanya di ibu pejabat syarikat akhbar itu di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2019.Kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd diberi taklimat di ibu pejabat syarikat itu di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2019.Seorang wanita, antara 800 kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd membaca surat dari pihak pengurusan mengenai pengumuman pemberhentian pekerja berkuat kuasa hujung bulan ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2019.
Seorang kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd mengedarkan surat kepada pekerja di ibu pejabat syarikat akhbar itu hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2019.Seorang pekerja wanita menolak troli yang dipenuhi dengan barang peribadinya. Pekerja Utusan Melayu (Malaysia) Bhd diminta mengemas tempat kerja, mengeluarkan barang peribadi dan mengembalikan semua aset syarikat kepada ketua jabatan sebelum 1 tengah hari tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2019.Gambar berukuran pasport kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd yang disusun di atas sebuah meja di ibu pejabat syarikat di Kuala Lumpur hari ini. Seorang pekerja wanita menolak troli yang dipenuhi dengan barang peribadinya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2019.
Komen